Sunday, March 1, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

by borneo-editor
January 13, 2026
in Malay
0
Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

Dr Jeffrey bersama rombongan Pejabat Daerah Tambunan meninjau potensi pelancongan Air Terjun Kolopis Sunsuron

68
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

Oleh Mark Ronnald Malajim
Tambunan, 13 Januari 2026 – YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Ahli Parlimen P.180 Keningau merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.39 Tambunan, hari ini mengadakan tinjauan ke Air Terjun Sungai Kolopis, Kampung Sunsuron, bagi mengenal pasti potensi pelancongan baharu di Daerah Tambunan.

Beliau berkata lokasi tersebut mempunyai keunikan tersendiri dan berpotensi dibangunkan sebagai produk pelancongan lestari berasaskan alam semula jadi.

“Air Terjun Sungai Kolopis merupakan satu hidden gem yang masih kurang diterokai dan mempunyai daya tarikan semula jadi yang sangat baik jika dibangunkan secara terancang,” katanya.

Air Terjun Sungai Kolopis terletak kira-kira 45 minit hingga satu jam perjalanan dari penghujung jalan raya dan memiliki dua peringkat aliran air yang jernih serta menyegarkan. Kawasan ini juga menjadi laluan pendaki Gunung Wakid dan sering dikunjungi pencinta alam serta penggemar aktiviti lasak.

Menurut Dr. Jeffrey, tinjauan tersebut bukan sahaja bertujuan mengenal pasti aset pelancongan berpotensi, malah menilai kesesuaian kawasan bagi cadangan projek penternakan ikan empurau yang dijangka memberi impak ekonomi tinggi kepada komuniti setempat.

“Pembangunan pelancongan dan ekonomi perlu bergerak seiring dengan pemeliharaan alam sekitar serta manfaat langsung kepada rakyat,” ujarnya.

Tinjauan berkenaan diselaraskan oleh Pejabat Daerah Tambunan dan diketuai oleh Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Tuan Willibrord Idang, dengan penyertaan 32 orang pegawai serta wakil jabatan dan agensi berkaitan.

Di akhir lawatan, Dr. Jeffrey merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dan berharap satu pelan pembangunan yang tersusun dapat dirangka bagi memacu pertumbuhan ekonomi Daerah Tambunan.

“Saya percaya kekayaan geografi dan sumber alam semula jadi yang dimiliki Tambunan mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan pelancongan yang mampan dan inklusif,” katanya.

— Media STAR Tambunan —

Dr Jeffrey merentas sungai meniti jambatan bambu
Dr Jeffrey meredah sungai ke destinasi air terjun
Pondok hentian perjalanan ke air terjun
Berkongsi cerita sebelum meneruskan kembara merentas alam
Sentiasa bersama menghadapi cabaran
Melewati sebuah pondok di kebun penduduk
Air Terjun Kolopis Sunsuron Tambunan bakal dimajukan Pejabat Daerah Tambunan
borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 14, 2026
0

Siri 3/10 Oleh Dr. Henry BatingORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan instrumen perundangan penting yang menginstitusikan kedudukan adat dalam sistem undang-undang...

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 6, 2026
0

Siri 2/10 Oleh Dr. Henry Bating ORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan hasil evolusi panjang hubungan di antara adat tempatan dan...

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

KENINGAU: Simposium Pertama Saintifik Pergigian Peringkat Negeri 2026 (SOHSS) bakal menghimpunkan warga profesional pergigian Sabah dalam satu platform ilmiah berfokus...

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

Siri 1/10Oleh Dr. Henry Bating UNDANG-undang adat merujuk kepada norma, nilai dan peraturan tidak bertulis yang berkembang secara turun-temurun dalam...

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

by borneo-editor
January 1, 2026
0

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan terus mempertingkatkan kemudahan dan prasarana di Pantai Kemudi Ilmu sebagai sebahagian daripada usaha...

Kinabalu ke Putrajaya, suara Sabah terus bergema: Linggu

Kinabalu ke Putrajaya, suara Sabah terus bergema: Linggu

by borneo-editor
December 11, 2025
0

KUALA LUMPUR: Senator Datuk Edward Linggu menegaskan bahawa hak Sabah bukan bahan tawar-menawar politik, sebaliknya komitmen Perlembagaan Persekutuan yang wajib...

Load More
Next Post
Dr Jeffrey reviews emerging eco-tourism investment potential in Tambunan

Dr Jeffrey reviews emerging eco-tourism investment potential in Tambunan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.