Thursday, January 8, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

UMS tumpu penguasaan bahasa asing, tingkat daya saing global

by borneo-editor
November 24, 2025
in Malay
0
UMS tumpu penguasaan bahasa asing, tingkat daya saing global

Prof Dr Kaasim bersama para peserta MBAT

87
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memperkukuh peranan sebagai institusi memartabatkan pembelajaran bahasa menerusi program tahunan Malam Bahasa Antarabangsa dan Tempatan (MBAT) di mana pada tahun ini mengambil tema “Bahasa Kunci Pelestarian Budaya”.

Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr. Kasim bin Haji Mansor, menegaskan komitmen universiti itu sejak 31 tahun membangunkan kemahiran berbahasa dalam kalangan pelajar melalui Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB).

“Usaha itu dilakukan demi memastikan graduan bukan sahaja mahir bahasa Inggeris, tetapi turut mempunyai asas bahasa asing sebagai nilai tambah professional,” kata ketika merasmikan MBAT 2025 di Dewan Auditorium Pascasiswazah UMS 21 Nov.

Menurutnya, penguasaan bahasa asing semakin penting dalam era kecerdasan buatan (AI) yang menuntut tenaga kerja berkeupayaan berkomunikasi merentasi budaya dan negara.

Bahasa asing, jelas beliau, membuka peluang pekerjaan lebih luas, meningkatkan potensi pendapatan dan membolehkan graduan bekerja dengan syarikat antarabangsa.

Selain itu, beliau menekankan bahawa bahasa asing memberi akses kepada ilmu global, termasuk jurnal, kajian dan budaya yang hanya terdapat dalam bahasa asal, sekali gus memperluas wawasan pelajar.

“Kefahaman lintas budaya juga dianggap penting dalam membina rasa hormat, diplomasi dan kerjasama antarabangsa,” jelasnya.

Prof Dr Kasim menerima cenderahati dari Prof Dr Ismail, diiringi Budi, Sirahim dan Daron.

Beliau menambah, penguasaan bahasa asing memberikan kelebihan kompetitif kepada pelajar, bukan sahaja meningkatkan keyakinan diri, tetapi membuka peluang melanjutkan pengajian ke luar negara di samping sebagai pelaburan masa depan.

Terdahulu, Dekan PPIB UMS, Prof Datuk Dr Ismail Ali berkata, pihaknya bersyukur kerana dapat menganjurkan MBAT 2025.

Menurutnya, bahasa bukan sekadar medium komunikasi, sebaliknya cerminan jiwa, warisan serta identiti sesuatu bangsa.

Beliau menegaskan bahawa PPIB memainkan peranan sebagai jambatan merentas budaya, menyatukan pelajar daripada pelbagai latar belakang melalui kefahaman dan penghargaan terhadap perbezaan.

Program yang dianjurkan Gugusan Bahasa Asing dan Tempatan dan Gugusan Bahasa Inggeris itu, jelasnya, meraikan kepelbagaian bahasa seperti Melayu, Arab, Jepun, Korea, Perancis, Mandarin, Sepanyol, Tamil, Kadazandusun dan Inggeris sebagai simbol keharmonian global dan tempatan dalam komuniti UMS.

Beliau melihat, penganjuran MBAT 2025 adalah seiring dengan aspirasi Dekad Antarabangsa Bahasa Pribumi 2022–2032 UNESCO, yang menyeru institusi pendidikan memperkasa bahasa serta budaya tempatan.

Melalui program itu, pelajar bukan hanya mempelajari struktur bahasa, tetapi turut menyemai rasa cinta terhadap warisan budaya, seiring pepatah “tak kenal maka tak cinta.”

Beliau berharap pelajar antarabangsa dari China, Jepun, Korea, Bangladesh, Maldives, Indonesia serta seluruh Malaysia memahami bahawa bahasa ialah pintu kepada empati dan toleransi, kerana mempelajari bahasa adalah memahami cara fikir dan pandang dunia masyarakat tutur.

Dr Ismail turut menzahirkan harapan agar MBAT 2025 dapat diteruskan pada tahun depan demi menyemai perpaduan melalui persembahan seni dan budaya.

Hadir sama Pengarah Bahagian Sumber Manusia, Sirahim Abdullah dan Timbalan-timbalan Dekan PPIB, Dr Budi Anto Mohd. Tamring dan Dr Daron Benjamin Loo serta pengerusi penganjur, Dr Soon Chiow Thai.

Sebahagian hadirin MBAT 2025
borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

by borneo-editor
January 1, 2026
0

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan terus mempertingkatkan kemudahan dan prasarana di Pantai Kemudi Ilmu sebagai sebahagian daripada usaha...

Kinabalu ke Putrajaya, suara Sabah terus bergema: Linggu

Kinabalu ke Putrajaya, suara Sabah terus bergema: Linggu

by borneo-editor
December 11, 2025
0

KUALA LUMPUR: Senator Datuk Edward Linggu menegaskan bahawa hak Sabah bukan bahan tawar-menawar politik, sebaliknya komitmen Perlembagaan Persekutuan yang wajib...

PPIB UMS – Ho Chi Minh City perkukuh jalinan akademik serantau

PPIB UMS – Ho Chi Minh City perkukuh jalinan akademik serantau

by borneo-editor
December 2, 2025
0

KOTA KINABALU: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS), terus memperluas rangkaian akademiknya di peringkat serantau melalui...

Karambunai sokong pendirian Presiden STAR jadi pembangkang

Karambunai sokong pendirian Presiden STAR jadi pembangkang

by borneo-editor
December 2, 2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Bahagian STAR Karambunai, Datuk Kapitan Stephen Teo, menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku...

Persamaan Budaya Dayak–Dusun dalam Buku Terbaharu Penerbit UKM

Persamaan Budaya Dayak–Dusun dalam Buku Terbaharu Penerbit UKM

by borneo-editor
November 20, 2025
0

Kuala Lumpur, 20 November 2025 — Kajian ilmiah Dr Henry Bating, Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS), tentang persamaan budaya...

Slogan S4S: Seruan pemulihan hak, bukan menghalal rompakan

Slogan S4S: Seruan pemulihan hak, bukan menghalal rompakan

by borneo-editor
November 19, 2025
0

KUALA PENYU: Calon Parti Star Sabah bagi N.33 Kuala Penyu, Walther Philip M. Pangang, menolak keras tuduhan bahawa slogan “Sabah...

Load More
Next Post
Karambunai sokong pendirian Presiden STAR jadi pembangkang

Karambunai sokong pendirian Presiden STAR jadi pembangkang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.