Tuesday, March 10, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Akar umbi Star Liawan teguh bersama Presiden Dr Jeffrey Kitingan

by borneo-editor
October 19, 2025
in Malay
0
Akar umbi Star Liawan teguh bersama Presiden Dr Jeffrey Kitingan

Johari (duduk tengah) bersama sebahagian pemimpin baharu Star Liawan.

81
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

KENINGAU: Parti Solidariti Tanah Airku (STARSabah) Bahagian N.41 Liawan kini bergerak lebih bertenaga dan bersatu padu untuk meneruskan kemenangan di kerusi DUN Liawan dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN-17), meskipun ditinggalkan penyandangnya, Datuk Annuar Ayub Aman.

Pemangku Ketua Bahagian, Utto @ Johari Pongod, berkata sokongan akar umbi di semua lapan Pusat Daerah Mengundi (PDM) kekal kukuh di belakang Presiden STARSabah, Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan, serta komited terhadap perjuangan asal parti dengan slogan ’Sabah for Sabahan’.

“Walaupun ada yang memilih haluan lain, semangat perjuangan kami tidak tergugat. Akar umbi Liawan tetap teguh bersama Dr. Jeffrey dan STARSabah,” tegasnya.

Beliau menambah, kekuatan sebenar parti bukan terletak pada individu, tetapi pada kesetiaan rakyat yang menjadi nadi perjuangan di peringkat akar umbi.

“Liawan akan terus menjadi benteng kesetiaan dan kekuatan STARSabah. Kami yakin wadah ini tetap terbaik untuk memperjuangkan hak, maruah dan masa depan rakyat Sabah,” katanya.

Johari menyeru seluruh ahli agar terus bersatu, berdisiplin dan fokus memperkukuh gerak kerja menjelang PRN-17, sambil membawa semangat perjuangan yang lebih segar dan berpaksikan rakyat.

“Kini masa untuk Liawan bangkit lebih kuat. Kami bergerak dengan keyakinan baru untuk memastikan kemenangan STARSabah di DUN Liawan,” ujarnya.

borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

PPIB UMS hulur sumbangan Ramadan kepada anak yatim dan asnaf di Ranau

PPIB UMS hulur sumbangan Ramadan kepada anak yatim dan asnaf di Ranau

by borneo-editor
March 10, 2026
0

KOTA KINABALU: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi Program...

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 14, 2026
0

Siri 3/10 Oleh Dr. Henry BatingORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan instrumen perundangan penting yang menginstitusikan kedudukan adat dalam sistem undang-undang...

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 6, 2026
0

Siri 2/10 Oleh Dr. Henry Bating ORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan hasil evolusi panjang hubungan di antara adat tempatan dan...

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

KENINGAU: Simposium Pertama Saintifik Pergigian Peringkat Negeri 2026 (SOHSS) bakal menghimpunkan warga profesional pergigian Sabah dalam satu platform ilmiah berfokus...

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

Siri 1/10Oleh Dr. Henry Bating UNDANG-undang adat merujuk kepada norma, nilai dan peraturan tidak bertulis yang berkembang secara turun-temurun dalam...

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

by borneo-editor
January 13, 2026
0

Oleh Mark Ronnald MalajimTambunan, 13 Januari 2026 – YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Ahli Parlimen P.180 Keningau...

Load More
Next Post
Kursus asas bahasa Mandarin PPIB UMS dapat sambutan masyarakat Darau

Kursus asas bahasa Mandarin PPIB UMS dapat sambutan masyarakat Darau

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.