Monday, August 18, 2025
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Bersatu parti Sabahan urus politik Labuan capai aspirasi 1984: Dr Jeffrey

by borneo-editor
July 28, 2025
in Malay
0
Bersatu parti Sabahan urus politik Labuan capai aspirasi 1984: Dr Jeffrey

Dr Jeffrey bersama Walther, Linggu, Stphen Teo, Peter Mak dan Harun Pudin

164
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

LABUAN: 26 Julai 2025 – Parti-parti dari Sabah di Labuan perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat bersama, menjadikan Labuan seperti yang diharapkan ketika pulau itu diserahkan menjadi Wilayah Persekutuan pada tahun 1984.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, keadaan di Labuan sekarang tidak seperti yang diharapkan, malahan Labuan sebagai pulau bebas cukai tidak lagi bebas cukai seperti dahulu.

“Kebimbangan ini memang satu fakta, sehinggalah mantan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh yang menjadi pengasas penyerahan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan telah menyatakan kegagalan matlamat beliau menjadikan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan,” katanya.

Dr Jeffrey menegaskan, sejak 1984, harapan kita pada waktu itu ialah Pulau Labuan dapat dimajukan dan ditingkatkan ekonominya agar dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan demi meningkatkan pendapatan penduduk.

Justeru, katanya, pada 1984, seluruh Borneo mengharapkan agar Labuan dapat menjadi katalis pembangunan wilayah Sabah dan Sarawak.

Dr Jeffrey berkata demikian ketika Majlis Pelancaran Star Bahagian Labuan pada Sabtu yang turut dihadiri Setiausaha Agung, Senator Datuk Edward Linggu, Penyelaras Star Labuan, Datuk Kapitan Stephen Teo, Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Peter Mak dan Timbalan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Dr Harun Hj Pudin.

Pada majlis yang dihadiri 500 orang itu, Ketua Bahagian Star Labuan, Walther Philip Michael berkata pentadbiran di Wilayah Persekutuan Labuan tidak mencakup kepentingan semua kaum termasuk Anak Negeri Sabah yang tertakluk di bawah ordinan adat-istiadat.

Berdasarkan realiti itu, Dr Jeffrey menyifatkan perubahan yang berlaku di Labuan sebagai sesuatu yang berada di luar harapan penyerahan 1984, sebaliknya budaya serta adat-istiadat sebahagian penduduk Labuan yang pernah menjadi sebahagian wilayah Sabah telah ‘dimalayakan’.

“Kini, ada di antara penduduk Labuan merasa terpinggir dari segi penyertaan di dalam pentadbiran Wilayah Persekutuan Labuan, mereka mahu dilibatkan sebagai penggubal dan pelaksana dasar,” katanya.

Menurut Dr Jeffrey, pihaknya membangkitkan isu-isu tersebut bukan kerana marah atau benci, tetapi sekadar mahu agar ada perubahan positif untuk menjadikan Labuan sebagai suatu kebanggaan semua.

Tambahnya, kebimbangan itulah juga yang menjadi sebab mengapa Star menubuhkan bahagian di Labuan, mudah-mudahan menerusi kerjasama parti-parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Labuan, suatu hari nanti, politik di Labuan akan diurus dan dikuasai oleh parti-parti dari Sabah.

“Isu tersebut telah juga dibangkitkan di Parlimen, saya sendiri beberapa kali telah menyatakan agar Labuan diberi perhatian untuk memulihkan status pulau bebas cukai, malangnya keluhan-keluhan kami masih belum lagi didengar,” katanya.

Dr Jeffrey menambah, rakyat Sabah di Labuan sudah mencadangkan agar parti Star berbuat sesuatu untuk menyuarakan serta membangkitkan kebimbangan terhadap realiti di Labuan sekarang, termasuk menyuarakan idea-idea yang dapat menjadikan Labuan lebih baik dan maju.

Dr Jeffrey bersama hadirin diiringi Walther, Linggu, Stephen, Peter Mak dan Harun, Pudin
borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Imigresen Labuan periksa 70 pekerja pusat hiburan, tahan seorang warga Filipina

Imigresen Labuan periksa 70 pekerja pusat hiburan, tahan seorang warga Filipina

by borneo-editor
August 11, 2025
0

LABUAN: 9 Ogos 2025 - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan (WP) Labuan dalam pemeriksaan 70 pekerja pusat hiburan di...

Duharung Paragasu tampil 18 penulis etnik Momogun Sabah

Duharung Paragasu tampil 18 penulis etnik Momogun Sabah

by borneo-editor
August 9, 2025
0

DUHARUNG Paragasu – buku himpunan cerita misteri, mistik dan seram Negeri di Bawah Bayu tampil dengan 18 cerita pendek hasil...

Suami direman sebabkan kecederaan parah isteri, anak 10 tahun

by borneo-editor
August 8, 2025
0

LABUAN: 8 Ogos 2025 – Polis Labuan sedang menyiasat kes keganasan rumah tangga melibatkan suami menyebabkan kecederaan parah isteri dan...

Sonic Tuaran juara Mobile Legends Bang Bang Tournament 2025

Sonic Tuaran juara Mobile Legends Bang Bang Tournament 2025

by borneo-editor
July 23, 2025
0

TAMPARULI: Sonic Tuaran menjuarai Mobile Legends Bang Bang Tournament 2025 anjuran Pertubuhan Gerak Bantu Komuniti Sabah (Mitatabang Komuniti) di Dewan...

STAR BerSolidariti Bersama Presiden Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan

STAR BerSolidariti Bersama Presiden Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan

by borneo-editor
July 3, 2025
0

ISU skandal rasuah perlombongan yang dikaitkan Presiden STAR dan serta-merta dinafikan Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan merupakan satu...

Inovasi ‘bubu ikan hibrid’ UMS tingkat hasil nelayan

Inovasi ‘bubu ikan hibrid’ UMS tingkat hasil nelayan

by borneo-editor
July 1, 2025
0

KOTA KINABALU: Penggunaan ‘bubu ikan hibrid’ mampu memberi pendapatan tambahan kepada nelayan tradisional yang menggunakan peralatan pancing, jala dan pukat...

Load More
Next Post

Suami direman sebabkan kecederaan parah isteri, anak 10 tahun

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.