Saturday, May 17, 2025
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Slogan ‘Sabah for Sabahan’ bukan seruan pemisahan

by borneo-editor
May 14, 2025
in Malay
0
Slogan ‘Sabah for Sabahan’ bukan seruan pemisahan

Datuk Kapitan Stephen Teo

110
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

KOTA KINABALU: Sentimen “Sabah for Sabahan” bukan seruan pemisahan, melainkan manifestasi keteguhan rakyat Sabah menuntut keadilan, autonomi, dan penghormatan terhadap hak-hak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ketua Bahagian Star Karambunai Datuk Kapitan Stephen Teo berkata, slogan tersebut mencerminkan semangat juang dan rasa cinta mendalam rakyat terhadap bumi Sabah, serta keinginan melihat bumi kelahiran mereka berkembang dengan adil dan saksama.

“Sebagai anak jati Sabah, saya berpendapat adalah menjadi hak kami menyuarakan aspirasi dan tuntutan, lebih-lebih lagi apabila hak kami terancam,” katanya.

Stephen yang juga Penyelaras Star Parlimen Labuan berkata demikian bagi menyokong pendirian Presiden Star Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan berkaitan konsep perjuangan “Sabah for Sabahan”.

Menurut Stephen, Presiden Star Dr Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah menerusi slogan tersebut mengajak rakyat Sabah memahami sentimen itu dalam konteks yang lebih luas.

“Slogan tersebut sangat bertepatan dan harus diberi perhatian serius oleh semua pihak, terutamanya di peringkat Persekutuan,” katanya.

Stephen yang juga Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) menegaskan bahawa perpaduan Malaysia akan terus kukuh jika Sabah dan Sarawak dilayan sebagai rakan kongsi setara dalam sistem Persekutuan, bukan sekadar “cabang” yang terpinggir.

“Menghina dan merendahkan aspirasi rakyat Sabah hanya meruntuhkan jalinan kepercayaan dan keharmonian yang telah dibina sekian lama,” jelas Stephen merujuk kenyataan pemimpin Persekutuan tentang slogan tersebut.

Stephen percaya rakyat Sabah menyokong penuh Dr Jeffrey dalam mempertahankan maruah serta hak-hak rakyat Sabah.

borneo-editor

borneo-editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  2. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  3. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.