Tuesday, August 26, 2025
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Daerah penuh Sook buka cabaran baharu Majlis Daerah Keningau

by borneo-editor
April 29, 2025
in Malay
0
Daerah penuh Sook buka cabaran baharu Majlis Daerah Keningau

Dr Jeffrey (duduk tengah) bersama Ahli-ahli Majlis Daerah Keningau.

202
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

Oleh David E Gilingan
KENINGAU: 29 April 2025 – Pelancaran rasmi naik taraf Sook sebagai daerah penuh membuka cabaran baharu kepada Majlis Daerah Keningau untuk mendukung pembangunan pesat pekan baharu Sook di samping menangani pertambahan isu yang memerlukan perhatian serius.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan berkata meskipun daerah kecil Sook yang sebelum ini berada dalam kawasan daerah Keningau dinaik taraf menjadi daerah penuh, namun perkadaran daerah Sook masih kekal di bawah Majlis Daerah Keningau.

“Keadaan ini memerlukan penelitian semula serta pengaktifan pelbagai perancangan bandar dan kampung yang seterusnya membawa kepada penambahan perwakilan Sook dalam Majlis Daerah Keningau,” katanya pada Majlis Angkat Sumpah dan Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli-ahli Majlis Daerah Keningau.

Dr Jeffrey yang juga Ahli Parlimen Keningau melihat implikasi perubahan itu akan menambahkan tanggungan kerja Majlis Daerah Keningau yang seterusnya menuntut kecekapan Ahli Majlis Daerah menggalas tanggungjawab yang diamanahkan.

“Sudah tentu, dalam jangka masa panjang, apabila segala infrastruktur pentadbiran di Sook lengkap, termasuk pentadbiran daerah dan pekan, Sook akan mewujudkan Majlis Daerahnya sendiri. Tempoh masa untuk perkara itu berlaku adalah bergantung kepada tahap pembangunan pentadbiran daerah Sook,” katanya.

Dr Jeffrey menegaskan, dalam tempoh peralihan itu, Majlis Daerah Keningau akan terus memberi sokongan dan bimbingan kepada Sook.

Selain itu, katanya, Majlis Daerah Keningau juga akan menumpukan perhatian kepada pembangunan Keningau sebagai sebuah perbandaran yang layak.

“Usaha-usaha itu perlu dipergiatkan bagi membolehkan Keningau mencapai status perbandaran seperti yang diidamkan,” katanya menambah, Majlis Daerah Keningau dipertanggungjawabkan untuk memacu pembangunan itu dan memastikan kepentingan seluruh rakyat Keningau kekal terpelihara.

borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Dayak Borneo gagas peradaban Kalimantan – Sabah – Sarawak

Dayak Borneo gagas peradaban Kalimantan – Sabah – Sarawak

by borneo-editor
August 24, 2025
0

PALANGKARAYA (Indonesia): 22 Ogos 2025 - Seminar Antarabangsa ‘The Great Borneo’s Assembly’ (Pumpung Hai Borneo) menandakan kehadiran aktif masyarakat Dayak...

Imigresen Labuan periksa 70 pekerja pusat hiburan, tahan seorang warga Filipina

Imigresen Labuan periksa 70 pekerja pusat hiburan, tahan seorang warga Filipina

by borneo-editor
August 11, 2025
0

LABUAN: 9 Ogos 2025 - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan (WP) Labuan dalam pemeriksaan 70 pekerja pusat hiburan di...

Duharung Paragasu tampil 18 penulis etnik Momogun Sabah

Duharung Paragasu tampil 18 penulis etnik Momogun Sabah

by borneo-editor
August 9, 2025
0

DUHARUNG Paragasu – buku himpunan cerita misteri, mistik dan seram Negeri di Bawah Bayu tampil dengan 18 cerita pendek hasil...

Suami direman sebabkan kecederaan parah isteri, anak 10 tahun

by borneo-editor
August 8, 2025
0

LABUAN: 8 Ogos 2025 – Polis Labuan sedang menyiasat kes keganasan rumah tangga melibatkan suami menyebabkan kecederaan parah isteri dan...

Bersatu parti Sabahan urus politik Labuan capai aspirasi 1984: Dr Jeffrey

Bersatu parti Sabahan urus politik Labuan capai aspirasi 1984: Dr Jeffrey

by borneo-editor
July 28, 2025
0

LABUAN: 26 Julai 2025 - Parti-parti dari Sabah di Labuan perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat bersama, menjadikan Labuan seperti yang...

Sonic Tuaran juara Mobile Legends Bang Bang Tournament 2025

Sonic Tuaran juara Mobile Legends Bang Bang Tournament 2025

by borneo-editor
July 23, 2025
0

TAMPARULI: Sonic Tuaran menjuarai Mobile Legends Bang Bang Tournament 2025 anjuran Pertubuhan Gerak Bantu Komuniti Sabah (Mitatabang Komuniti) di Dewan...

Load More
Next Post
Slogan ‘Sabah for Sabahan’ bukan seruan pemisahan

Slogan 'Sabah for Sabahan' bukan seruan pemisahan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.