Sunday, May 11, 2025
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Dialek Tangaa’ dan Bundu Liwan dalam kesusasteraan Kadazandusun

by borneo-editor
January 31, 2025
in Malay
0
Dialek Tangaa’ dan Bundu Liwan dalam kesusasteraan Kadazandusun

Calista G Kiloh dengan novel 'Sundung Romou i Tumuru' dan Dr Henry Bating (kanan) penganalisis Sastera Kadazandusun UMS

452
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

KOTA KINABALU: Khazanah kesusasteraan Kadazandusun yang dianalisis Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk menyusun karya cadangan pembelajaran bahasa Kadazandusun peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM – Tingkatan 4 dan 5) menunjukkan komposisi karya sastera yang didukung dialek Tangaa’ (Penampang dan Papar) serta dialek Bundu dan Liwan (daerah-daerah sekeliling Gunung Kinabalu dan Trus Madi).

Pensyarah Kanan bahasa Kadazandusun UMS Dr Henry Bating berkata, 11 karya dari khazanah kesusasteraan Kadazandusun yang dipilih secara rawak telah diselarikan dengan nisbah ideal genre pembelajaran Komponen Sastera (Komsas) bahasa Melayu SPM berdasarkan jam pembelajaran bahasa Kadazandusun setahun.

“Keseluruhan 11 karya sastera itu memenuhi skala kesesuaian sebagai bahan pembelajaran bahasa Kadazandusun peringkat SPM meskipun terdapat sebahagian karya tidak memenuhi skala amat memuaskan dalam indikator budaya masyarakat,” katanya dalam perbincangan dipengerusikan Prof Madya Dr Jane Wong selepas pembentangan di Persidangan Majlis Penyelidikan Borneo 21-23 Jan lalu.

Karya-karya yang dianalisis sesuai sebagai bahan pembelajaran merangkumi lima (5) genre prosa dan enam (6) genre puisi yang terdiri dari sebuah (1) novel, tiga (3) suniba (cerpen), sebuah (1) tangon (cerita rakyat), empat (4) sisindiron (puisi moden) dan dua (2) rinait beserta sudawil (puisi tradisional).

Karya-karya prosa terdiri dari sebuah (1) novel bertajuk ‘Sundung Romou i Tumuru’, tiga (3) cerpen bertajuk ‘Au Tinongkiadan’, ‘Oondom Zou Po Naku Diau’ dan ‘Pirubaan id Oxford’ serta sebuah (1) cerita rakyat ‘I Kinomulok om I Lintagu’.

Sementara enam puisi terdiri daripada empat puisi moden yang bertajuk ‘Vutod Umbizo’, ‘Sugali Sumaang Tudan’, ‘Sabah Pogun Ku’ dan ‘Tuahi Minidu Pogun’. Dua lagi genre puisi tradisional bertajuk ‘Rinait’ dan ‘Sudawil’.

Berikut disenaraikan karya-karya yang menunjukkan kesesuaian sebagai bahan pembelajaran Bidang Estetika bahasa Kadazandusun sekolah peringkat menengah atas berdasarkan komposisi ideal dan jam pembelajaran setahun.

Novel ‘Sundung Romou i Tumuru’ (Walau Air Mata Menitis) merupakan karya Calista G. Kiloh (KLF, 2019) yang dicetak dalam buku berukuran A5, terdiri dari 132 halaman.

Cerpen ‘Au Tinongkiadan’ (Tak Ditinggalkan) merupakan karya Janura Jahan (2015) yang terdapat di halaman 96-101 Antologi ‘Tumangkabo’ terdiri dari 23 perenggan. Cerpen ‘Oondom Zou Po Naku Diau’ (Masihkah Kau Ingat Padaku) karya David Sipula (KLF, 1997) dicetak dalam enam halaman (1-6) dan terdiri dari 21 perenggan. Cerpen ‘Pirubaan id Oxford’ (Pertemuan di Oxford) karya Sherline Ibin (2015) dari antologi ‘Tumangkabo’ terdapat di halaman 139-144 dan terdiri dari 35 perenggan.

Cerita rakyat (Tangon) ‘I Kinomulok om I Lintagu’ (Kinomulok dan Lintagu) karya Jubillah Loinsu (KLF, 2009), dicetak dalam 15 halaman (1-15) dan terdiri dari 76 perenggan.

Puisi moden ‘Vutod Umbizo’ (VU) karya Datuk Cosmas J. Abah (Rhymas, 2010) terdiri daripada tiga rangkap. Puisi moden ‘Sugali Sumaang Tudan’ (Kembara Cahaya di Hulu Sungai) karya Peter Lidadun (KLF, 2005) terdiri dari tujuh rangkap. Puisi moden ‘Sabah Pogun Ku’ (SPK) karya Binson A. Sabiah (KLF, 1998) merangkumi tiga rangkap yang disusun dalam bentuk bebas. Puisi moden ‘Tuahi Minidu Pogun’ (Seruling Takziah) karya Datuk Cosmas J Abah (Rhymas, 2004) dibangun dalam lima rangkap dan disusun secara margin tengah.

Puisi tradisional ‘Rinait’ (Rinait) karya Minah Sintian (Mantera atau Rinait Kadazandusun, 2015). Puisi tradisional ‘Sudawil’ karya Norjietta Taisin (2019).

Karya-karya dalam dialek Tangaa’ terdiri dari ‘Oondom Zou Po Naku Diau’, ‘Vutod Umbizo’, ‘Sugali Sumaang Tudan’ dan ‘Tuahi Minidu Pogun’. Selebihnya merupakan karya-karya dalam dialek Bundu Liwan yang ditulis kalangan pengkarya berbahasa ibunda Dusunik, Murutik dan Paitanik.

Hasil analisis Tipologi Protokol Pemilihan Karya (TPPK) menunjukkan keseluruhan 11 karya tersebut memenuhi skala kesesuaian sebagai bahan pembelajaran Bidang Estetika bahasa Kadazandusun sekolah peringkat menengah atas. Sebelas karya ini juga memenuhi nisbah ideal genre pembelajaran setahun untuk dimasukkan dalam senarai karya cadangan.

Analisis karya-karya tersebut dijalankan sekumpulan ahli akademik UMS diketuai Dr Henry Bating yang turut melibatkan Prof Madya Datin Dr Veronica Petrus Atin, Prof Madya Dr Rosy Talin, Prof Madya Dr Mohd Khairuddin @ Jerry Abdullah dan Dr Musirin Mosin.

Bagaimanapun, pelaksanaan hasil analisis dan susunan karya cadangan ini bergantung kepada pertimbangan Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sebahagian peserta dalam perbincangan Sastera Kadazandusun di Borneo Research Council Conference 21-23 Jan 2025
borneo-editor

borneo-editor

Next Post
Labuan perlu ‘Mahkamah Bergerak’ Anak Negeri Sabah

Labuan perlu ‘Mahkamah Bergerak’ Anak Negeri Sabah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  2. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  3. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.