Sunday, January 18, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

‘Sabah IC’ permudah banteras setinggan, hantar balik PTI: STAR

by borneo-editor
October 6, 2023
in Malay
0
‘Sabah IC’ permudah banteras setinggan, hantar balik PTI: STAR

Linggu (kiri) Shamsul (tengah) selepas pertemuan di Kota Kinabalu.

16
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah berdiri teguh bersama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor untuk melaksanakan usaha berterusan membanteras setinggan yang diduduki warga asing tanpa dokumen.

Setiausaha Agung STAR Datuk Edward Linggu berkata pembanterasan setinggan yang turut diduduki pemegang dokumen yang diragui dapat dipermudahkan melalui pelaksanaan ‘Sabah IC’ untuk seterusnya menghantar balik Pendatang Tanpa Izin (PTI) ke negara asal.

“STAR yakin usaha membanteras setinggan dan menghantar balik warga asing tanpa dokumen ke negara asal dapat dilaksanakan secara berkesan melalui pengenalan diri yang membezakan penduduk tempatan dengan pendatang tanpa dokumen,” katanya.

Linggu yang juga mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli berkata demikian sebagai mengulas temu bual media Hajiji berkaitan isu setinggan dan PTI.

Menurut Linggu, dua isu tersebut turut disentuh dalam pertemuan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Bin Mohd Akin dengan setiausaha agung parti-parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di sini.

Linggu yakin, pengeluaran Sabah IC kepada rakyat tulen Sabah akan dapat memperudahkan Esscom, Imigresen, tentera dan polis membanteras penempatan setinggan warga asing dan menghantar balik mereka ke negara asal.

“Setelah sekian lama melanda Sabah, tiba masanya untuk melaksanakan penyelesaian tuntas demi membebaskan negeri ini dari masalah PTI,” katanya.

Linggu menegaskan, penempatan setinggan warga asing menghalang pembangunan, menjejas ekonomi, keselamatan dan kesihatan termasuk jenayah, dadah, penyeludupan serta penyambungan haram air dan elektrik.

Katanya, pihak berkuasa maklum penghuni setinggan haram adalah pemegang dokumen yang diragui, malahan ramai tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Linggu menyeru agar pengeluaran Sabah IC dipertimbangkan semula bagi memberi keadilan kepada rakyat tulen Sabah untuk menikmati kemudahan kerajaan dalam aspek pekerjaan, perniagaan dan pemilikan hartanah.

borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

by borneo-editor
January 13, 2026
0

Oleh Mark Ronnald MalajimTambunan, 13 Januari 2026 – YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Ahli Parlimen P.180 Keningau...

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

by borneo-editor
January 1, 2026
0

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan terus mempertingkatkan kemudahan dan prasarana di Pantai Kemudi Ilmu sebagai sebahagian daripada usaha...

Kinabalu ke Putrajaya, suara Sabah terus bergema: Linggu

Kinabalu ke Putrajaya, suara Sabah terus bergema: Linggu

by borneo-editor
December 11, 2025
0

KUALA LUMPUR: Senator Datuk Edward Linggu menegaskan bahawa hak Sabah bukan bahan tawar-menawar politik, sebaliknya komitmen Perlembagaan Persekutuan yang wajib...

PPIB UMS – Ho Chi Minh City perkukuh jalinan akademik serantau

PPIB UMS – Ho Chi Minh City perkukuh jalinan akademik serantau

by borneo-editor
December 2, 2025
0

KOTA KINABALU: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS), terus memperluas rangkaian akademiknya di peringkat serantau melalui...

Karambunai sokong pendirian Presiden STAR jadi pembangkang

Karambunai sokong pendirian Presiden STAR jadi pembangkang

by borneo-editor
December 2, 2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Bahagian STAR Karambunai, Datuk Kapitan Stephen Teo, menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku...

UMS tumpu penguasaan bahasa asing, tingkat daya saing global

UMS tumpu penguasaan bahasa asing, tingkat daya saing global

by borneo-editor
November 24, 2025
0

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memperkukuh peranan sebagai institusi memartabatkan pembelajaran bahasa menerusi program tahunan Malam Bahasa Antarabangsa...

Load More
Next Post
MAMAGUN ungkap syukur TYT anugerah ASDK penasihat pertubuhan

MAMAGUN ungkap syukur TYT anugerah ASDK penasihat pertubuhan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.