Wednesday, June 18, 2025
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Infiesta Integrasi@KMJG Gelorakan Semangat Kemerdekaan Tiga Wilayah

by borneo-editor
August 15, 2023
in Malay
0
Infiesta Integrasi@KMJG Gelorakan Semangat Kemerdekaan Tiga Wilayah

Konvoi Infiesta Integrasi@KMJG menerima sambutan hangat setiba di Pekan Lawas

26
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

Berita & Foto JaPen Labuan

LABUAN, 15 Ogos  –   Infiesta Integrasi@Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) berjaya menggelorakan semangat kemerdekaan di tiga negeri iaitu Sabah, Sarawak dan Labuan.

Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Azman Sipan berkata program itu melibatkan tidak kurang 30 kenderaan Jabatan Penerangan Malaysia Sabah, Sarawak dan Labuan serta beberapa agensi kerajaan lain yang berkonvoi dari Lawas dan Sipitang, Sabah.

“Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan semangat patriotisme dan rasa cintakan tanah air dalam kalangan rakyat malaysia serta memupuk kesedaran dan menggalakkan pengibaran jalur gemilang sempena sambutan bulan kebangsaan yang menjadi tonggak perpaduan dan amalan hidup rakyat Malaysia khasnya di Sabah, Sarawak dan Labuan.

“Program ini juga memupuk semangat patriotisma dalam kalangan anak muda bagi memastikan kebebasan serta pembangunan negara ini mengikut acuan sendiri tanpa pengaruh luar yang mempunyai agenda sendiri.

“Sepanjang perjalanan konvoi ini kita dapati penduduk di sekitar Sipitang dan Lawas menyambut dengan penuh semangat kemerdekaan dengan pelbagai pengisian seperti Konsert Infiesta Integrasi Pentarama, pameran kraftangan tempatan dan persembahan kebudayaan,” jelasnya ketika ditemui pada program itu.

Azman (dua dari kanan) menyampaikan  cenderahati kepada Datuk Mohd Ariffin

Infiesta Integrasi@KMJG peringkat Daerah Sipitang dirasmikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Exco Penerangan Sabah, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif manakala perasmian peringkat Daerah Lawas disempurnakan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan

Pada Infiesta Integrasi@KMJG kali ini, Labuan diwakili kenderaan Jabatan Penerangan Labuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Penyiaran Malaysia.

Pelepasan Infiesta Integrasi@KMJG Peringkat Daerah Lawas disempurnakan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan
Azman (dua dari kiri) selepas menandatangani Buku Infiesta Integrasi@KMJG di Bangunan Persekutuan Lawas, Sarawak
Acara pertukaran bendera negeri tanda perpisahan selesai Infiesta Integrasi@KMJG di Bangunan Persekutuan Lawas, Sarawak
borneo-editor

borneo-editor

Next Post
Hari Sabah 31 Ogos cermin tiga entiti Malaya, Sabah, Sarawak

Hari Sabah 31 Ogos cermin tiga entiti Malaya, Sabah, Sarawak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  2. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  3. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.