Monday, May 19, 2025
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Armizan kunjungi Majlis Terbuka Aidilfitri SM Sains Labuan

by borneo-editor
May 10, 2023
in Malay
0
Armizan kunjungi Majlis Terbuka Aidilfitri SM Sains Labuan

Datuk Armizan (tengah) bersama Pengetua SM Sains Labuan Zailani A Mumin (kanan) dan Pengarah Pendidikan Negeri Labuan (kiri)

143
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

LABUAN: Sekolah Menengah Sains Labuan (SMSL) telah mengadakan sambutan hari raya dalam majlis rumah terbuka yang dihadiri Datuk Armizan Bin Mohd Ali, Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas). 

Majlis Terbuka Aidilfitri ini diadakan untuk mengeratkan ikatan silaturahim antara komuniti sekolah bersama ibu bapa dan alumni.

Program dijayakan dengan sumbangan Armizan, swasta, PIBG dan para ibu bapa. Armizan yang merupakan alumni SM Sains Labuan telah beramah mesra dengan seluruh warga SMSL dan semua jemputan yang hadir dalam majlis itu.

Armizan menyatakan kegembiraannya kerana dapat datang ke WP Labuan serta dapat menunaikan hasratnya untuk bersama-sama guru beliau dan seluruh warga sekolah. 

Armizan turut menitipkan pesanan dan doa dalam ucapannya agar sekolah ini terus cemerlang dalam segala bidang terutamanya dalam aspek akademik dan kemenjadian murid. 

Beliau juga telah membuat lawatan ringkas ke sekitar kawasan sekolah seperti bilik darjah dan Galeri Samudera.

Lawatan turut dilakukan ke Surau SMSL dan menyatakan hasratnya untuk membantu pembaikan dan pembesaran surau sekolah.

    Majlis Terbuka Aidilfitri dimeriahkan dengan kehadiran tetamu-tetamu jemputan

Projek ini sebenarnya telah dimulakan dengan lukisan pelan oleh AJK Alumni SMSL yang diketuai oleh Suhaili Bin Dikar dan Alumni telah menyumbangkan RM 10,000.

Manakala Armizan telah menyumbangkan RM20,000 untuk jamuan dan pembelian beberapa kemudahan asas di sekolah ini.

Pihak sekolah di bawah pimpinan Pengetua A Zailani A Mumin telah mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas sumbangan yang diberikan.

Turut hadir Pengarah Pendidikan Negeri Labuan, Yusup bin Haji Mohamad; Penolong Pengarah Pendidikan Negeri Labuan, Yahya bin Ahmad Puteh serta pengetua-pengetua sekolah di Labuan. 

Pelbagai hidangan menarik yang sinonim dengan sambutan Syawal turut disajikan dalam majlis ini seperti nasi minyak, sate, rendang daging serta kuih muih. Majlis ini telah mencapai objektif untuk sama-sama warga sekolah dan komuniti meraikan Hari Raya Aidilfitri dan seterusnya merapatkan ukhuwah dan hubungan akrab. 

Sekolah Menengah Sains Labuan turut menerima kunjungan alumni dan pengetua-pengetua sekolah. 
borneo-editor

borneo-editor

Next Post
Etnik Gana anjur ‘Odou Maayoh Kinalapadan Manantab’ 12 Mei di Bingkor Lama

Etnik Gana anjur ‘Odou Maayoh Kinalapadan Manantab’ 12 Mei di Bingkor Lama

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  2. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  3. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.