Thursday, December 11, 2025
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Kaamatan 5-hari di ‘Tamuan Aki Tingadon’ lestari budaya, rangsang usaha niaga

by borneo-editor
April 21, 2023
in Malay
0
Kaamatan 5-hari di ‘Tamuan Aki Tingadon’ lestari budaya, rangsang usaha niaga

Robert (tengah) bersama Jainus (duduk kedua kiri) dan rombongan.

134
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

KENINGAU: Kaamatan lima hari berlangsung 30 Mei – 3 Jun di ‘Tamuan Aki Tingadon’ akan dijayakan bersama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang diselaras Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) Pekan Bingkor.

Pengerusi JKDB Pekan Bingkor Jainus Rayner Lian Ginanda yang disertai 19 wakil NGO menyatakan pelaksanaan Kaamatan itu kepada Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik ketika mengadakan kunjungan hormat kelmarin.

“Kami bersyukur kerana perancangan melaksanakan Kaamatan itu mendapat reaksi positif dan menggalakkan dari Datuk (Robert) selaku wakil rakyat Bingkor,” katanya.

Jainus berharap Kaamatan itu dapat menyemarak Pekan Bingkor sebagai pusat pelestarian budaya dan pembangunan usaha niaga setempat.

Dalam taklimatnya, Jainus memaklumkan antara pihak yang terlibat dalam penganjuran itu ialah Persatuan Peniaga Pasar Malam Bingkor, Persatuan Peniaga Pasar Umum Bingkor, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pekan Bingkor, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Gereja St. Mary Bingkor.

Bingkor Soccer Club (BSC), Persatuan KGNS, Persatuan Kujau Sabah, Kelab GYM Bingkor, Mahkamah Anak Negeri Bingkor, KPD, Klinik Kesihatan Bingkor, Guru-Guru dan PIBG, PDK, Masjid Bingkor, Persatuan Gana Sabah (PGS), Persatuan Karate dan Persatuan Taekwondo Bingkor.

Kunjungan hormat itu telah diadakan di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Permata Wawasan SEDCO Bingkor. – PAUL UKAU

borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Kinabalu ke Putrajaya, suara Sabah terus bergema: Linggu

Kinabalu ke Putrajaya, suara Sabah terus bergema: Linggu

by borneo-editor
December 11, 2025
0

KUALA LUMPUR: Senator Datuk Edward Linggu menegaskan bahawa hak Sabah bukan bahan tawar-menawar politik, sebaliknya komitmen Perlembagaan Persekutuan yang wajib...

PPIB UMS – Ho Chi Minh City perkukuh jalinan akademik serantau

PPIB UMS – Ho Chi Minh City perkukuh jalinan akademik serantau

by borneo-editor
December 2, 2025
0

KOTA KINABALU: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS), terus memperluas rangkaian akademiknya di peringkat serantau melalui...

Karambunai sokong pendirian Presiden STAR jadi pembangkang

Karambunai sokong pendirian Presiden STAR jadi pembangkang

by borneo-editor
December 2, 2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Bahagian STAR Karambunai, Datuk Kapitan Stephen Teo, menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku...

UMS tumpu penguasaan bahasa asing, tingkat daya saing global

UMS tumpu penguasaan bahasa asing, tingkat daya saing global

by borneo-editor
November 24, 2025
0

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memperkukuh peranan sebagai institusi memartabatkan pembelajaran bahasa menerusi program tahunan Malam Bahasa Antarabangsa...

Persamaan Budaya Dayak–Dusun dalam Buku Terbaharu Penerbit UKM

Persamaan Budaya Dayak–Dusun dalam Buku Terbaharu Penerbit UKM

by borneo-editor
November 20, 2025
0

Kuala Lumpur, 20 November 2025 — Kajian ilmiah Dr Henry Bating, Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS), tentang persamaan budaya...

Slogan S4S: Seruan pemulihan hak, bukan menghalal rompakan

Slogan S4S: Seruan pemulihan hak, bukan menghalal rompakan

by borneo-editor
November 19, 2025
0

KUALA PENYU: Calon Parti Star Sabah bagi N.33 Kuala Penyu, Walther Philip M. Pangang, menolak keras tuduhan bahawa slogan “Sabah...

Load More
Next Post
Pengorbanan tentera ANZAC beri kemakmuran rakyat Sabah: Dr Jeffrey

Pengorbanan tentera ANZAC beri kemakmuran rakyat Sabah: Dr Jeffrey

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.