Monday, May 19, 2025
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Sabah perlu lapangan terbang antarabangsa kedua, KKIA kian sesak: Dr Jeffrey

by borneo-editor
March 22, 2023
in Malay
0
Sabah, Sarawak terus terpinggir dalam agihan bajet Persekutuan: Dr Jeffrey

Dr Jeffrey membahas belanjawan kementerian

40
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

KUALA LUMPUR: Sabah memerlukan Lapangan Terbang Antarabangsa Kedua sebagai tambahan kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) yang ketika ini merupakan lapangan terbang kedua paling sibuk di Malaysia.

Ahli Parlimen Keningau Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan berkata Lapangan Terbang Antarabangsa Kedua diperlukan untuk menampung ketibaan pelancong antarabangsa yang terbanyak ke Sabah melalui KKIA.

“Saya mahu bertanya, apakah perancangan strategik Kementerian Pengangkutan untuk menambah baik dan menaik taraf lapangan terbang Sandakan dan Tawau sebagai lapangan terbang antarabangsa,” ujarnya.

Dr Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata demikian dalam Persidangan Parlimen bagi perbahasan belanjawan peringkat kementerian pada Rabu.

Terdahulu Dr Jeffrey yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah meminta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengadakan pameran galakan pelaburan dan perdagangan besar-besaran di Kota Kinabalu.

Dr Jeffrey memaklumkan, Sabah kini menerima banyak cadangan pelaburan dari China, Korea Selatan, Taiwan dan Jepun.

“Promosi pelaburan dibuat supaya bakal pelabur dapat melihat keadaan pelaburan di Sabah secara ‘first-hand’ untuk membantu mereka membuat keputusan melabur,” katanya.

borneo-editor

borneo-editor

Next Post
Pemuda Umno Labuan bekal air penduduk empat kampung

Pemuda Umno Labuan bekal air penduduk empat kampung

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  2. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  3. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.