TELIPOK: Lebih 300 penduduk perumahan Bukit Payung meminta campur tangan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor mengarahkan Jabatan Air Daerah Tuaran mengatasi masalah bekalan air di perumahan itu.
Pengerusi JPKK Bukit Payung Robert Silati memaklumkan penduduk putus bekalan air sejak enam hari kelmarin dan usahanya menghubungi Jabatan Air Tuaran tidak dipedulikan.
“Kami tidak mendapat sebarang penjelasan tentang masalah air di perumahan Bukit Payung, malahan panggilan berulang kali kami kepada pegawai berkaitan tidak disambut,” katanya.
Robert yang mewakili penduduk Penempatan Semula V12 KKIP Bukit Payung kesal dihadapkan persoalan tidak menentu ekoran pihak berkaitan tidak mahu mendengar aduan yang mereka ajukan.
Menurut Robert, pihaknya mendapat maklumat tidak rasmi tentang masalah itu yang disebabkan air pada Tangki No. 17 Jabatan Air dekat UUC tidak dapat menerima masuk air dari loji, disyaki pam tidak berfungsi.
Namun demikian Robert mahu meminta penyelesaian tuntas dan memohon campur tangan Ketua Menteri memandangkan kawasan V12 KKIP Bukit Payung terletak dalam daerah asal Hajiji.
Tegas Robert, kejadian putus bekalan air kerap berlaku di perumahan itu dan tindakan pegawai bertanggungjawab dalam Jabatan Air diperlukan untuk menangani masalah berkenaan.
Masalqh ketiadaan air adalah perkara besar kpd komuniti. Banyak perkara akan terjejas terutama kebersihan yg melibatkan faktor kesihatan jika masalah bekalan air tidak ditangani segera. Maka pihak berwajib hendaklah memandang perkara ini secara serius sebagai masalah negara. Segerakan penyelesaian yang mapan sebagai indikator Malaysia Madani.
Semoga ketua menteri sabah mengambil tindakan yang serius dalam menangani masalah ketiadaan air di kebanyakan tempat.