Thursday, February 26, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Banteras sambungan haram atasi gangguan bekalan air Sepanggar

by borneo-editor
March 15, 2023
in Malay
0
Banteras sambungan haram atasi gangguan bekalan air Sepanggar

Sambungan haram dari paip utama Jabatan Air.

179
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

KOTA KINABALU: Gangguan bekalan air yang sering dilaporkan khususnya di kawasan Sepanggar berlaku antara lain disebabkan kegiatan penyambungan haram dari paip-paip utama Jabatan Air yang sukar dibanteras.

Ketua Penerangan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Bahagian Karambunai, Jasni Suali berkata kesungguhan Jabatan Air mengatasi gangguan bekalan air dan membanteras penyambungan haram memang tidak dapat dinafikan.

“Namun demikian, kedegilan segelintir pengguna membuat penyambungan haram selepas operasi pemotongan sambungan haram mengakibatkan tindakan-tindakan penguatkuasaan kelihatan seperti tidak berkesan,” katanya.

JASNI SUALI

Justeru, Jasni meminta Kerajaan Sabah mengambil pendekatan menyeluruh untuk mengatasi kekerapan gangguan bekalan air termasuk kaedah memperkenal meter prabayar kepada kalangan pengguna setinggan.

Menurut Jasni, penggunaan meter prabayar telah diumumkan untuk bekalan tenaga elektrik dan kaedah serupa itu mungkin boleh diperkenalkan untuk mengawal ketirisan pengaliran air dari loji-loji air terawat.

Kata Jasni, pihaknya sering menyaksikan penguatkuasa Jabatan Air melakukan pemotongan sambungan haram tapi begitu selesai operasi, kegiatan penyambungan haram kalangan pengguna tertentu mulai berleluasa.

“Dalam melaksana operasi, penguatkuasa wajar memastikan peralatan sambungan haram dirampas, dibawa ke gudang jabatan dan tidak dibiarkan di tempat pemotongan untuk mengelak kegiatan haram penyambungan semula air,” katanya.

Sementara itu, Jasni menyatakan gangguan bekalan air di kawasan Sepanggar amat terasa akhir-akhir ini sehinggakan terdapat perumahan yang tidak memperoleh bekalan air lebih seminggu.

Jelasnya, situasi itu amat kritikal kerana mengganggu kelancaran hidup dan tugas-tugas seharian bila mana turut berlaku di kompleks-kompleks jabatan kerajaan dan kampus institusi pengajian tinggi.

Peralatan sambungan haram perlu dirampas.
borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 14, 2026
0

Siri 3/10 Oleh Dr. Henry BatingORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan instrumen perundangan penting yang menginstitusikan kedudukan adat dalam sistem undang-undang...

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 6, 2026
0

Siri 2/10 Oleh Dr. Henry Bating ORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan hasil evolusi panjang hubungan di antara adat tempatan dan...

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

KENINGAU: Simposium Pertama Saintifik Pergigian Peringkat Negeri 2026 (SOHSS) bakal menghimpunkan warga profesional pergigian Sabah dalam satu platform ilmiah berfokus...

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

Siri 1/10Oleh Dr. Henry Bating UNDANG-undang adat merujuk kepada norma, nilai dan peraturan tidak bertulis yang berkembang secara turun-temurun dalam...

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

by borneo-editor
January 13, 2026
0

Oleh Mark Ronnald MalajimTambunan, 13 Januari 2026 – YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Ahli Parlimen P.180 Keningau...

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

by borneo-editor
January 1, 2026
0

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan terus mempertingkatkan kemudahan dan prasarana di Pantai Kemudi Ilmu sebagai sebahagian daripada usaha...

Load More
Next Post
MRS peroleh royalti RM84,220 lagu-lagu etnik sepanjang Kaamatan 2023

MRS peroleh royalti RM84,220 lagu-lagu etnik sepanjang Kaamatan 2023

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.