Sunday, April 26, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Kuota 35% Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak Jamin Hak Borneo Terpelihara – Jeffrey

by borneo-editor
March 15, 2026
in Malay
0
Kuota 35% Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak Jamin Hak Borneo Terpelihara – Jeffrey

Dr. Jeffrey menyantuni warga di Kg Nukakatan.

111
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

Oleh Mark Ronnald Malajim
TAMBUNAN: Perjuangan menuntut 35 peratus kuota kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu terus diperjuangkan bagi memastikan hak serta kepentingan kedua-dua wilayah itu terpelihara dalam sistem Persekutuan Malaysia.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah, Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan berkata, pengukuhan perwakilan Sabah dan Sarawak di Parlimen penting bagi memastikan suara rakyat kedua-dua wilayah itu terus didengari dalam proses membuat dasar di peringkat nasional.

“Dengan perwakilan yang lebih seimbang, isu pembangunan, ekonomi, infrastruktur dan kebajikan rakyat di Sabah dan Sarawak dapat diperjuangkan dengan lebih berkesan di peringkat nasional,” katanya dalam Jelajah Ramadan dan Berbuka Puasa di Masjid Linuk, Nukakatan.

Jeffrey yang juga Ahli Parlimen Keningau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan berkata, dalam konteks pembangunan daerah, peningkatan perwakilan itu juga boleh membuka ruang kepada penstrukturan semula kawasan pilihan raya.

Menurutnya, antara cadangan yang boleh dipertimbangkan ialah menaik taraf kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan menjadi sebuah kawasan Parlimen, dengan pewujudan dua kawasan DUN baharu.

Beliau berkata cadangan itu wajar dipertimbangkan kerana Tambunan merupakan daerah penuh dengan keluasan kira-kira 1,347 kilometer persegi serta memiliki bilangan kampung dan kawasan pentadbiran yang luas.

“Dengan keluasan dan keperluan pembangunan yang pelbagai, struktur perwakilan yang lebih besar akan membantu mempercepatkan penyampaian pembangunan kepada rakyat,” katanya.

Tambah beliau, penambahan kawasan Parlimen dan DUN juga membolehkan lebih banyak perhatian diberikan kepada pembangunan infrastruktur asas, jalan raya, kemudahan awam, pendidikan, kesihatan, pertanian serta pembangunan ekonomi setempat.

Hadir sama Pemangku Timbalan Presiden Star Sabah, Datuk Lawrence Gimbang dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tambunan, Jinus Taguah.

borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

UMS Laksana Misi Kemanusiaan, Bantu Mangsa Kebakaran Kg Bahagia, Sandakan

UMS Laksana Misi Kemanusiaan, Bantu Mangsa Kebakaran Kg Bahagia, Sandakan

by borneo-editor
April 26, 2026
0

SANDAKAN, 24 April: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menggerakkan misi kemanusiaan membantu mangsa kebakaran Kampung Bahagia, Sandakan, sekali gus memperkukuh peranannya...

Presiden, Setiausaha Agung STAR hadir Jamuan Harijadi TYT Ke-75

Presiden, Setiausaha Agung STAR hadir Jamuan Harijadi TYT Ke-75

by borneo-editor
March 30, 2026
0

KOTA KINABALU, 30 Mac – Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan dan Datin...

Dr. Jeffrey hadir Rumah Terbuka Raya CM di Tuaran

Dr. Jeffrey hadir Rumah Terbuka Raya CM di Tuaran

by borneo-editor
March 23, 2026
0

Drama Pelajar UNITAR Alam Mesra Curi Tumpuan Audiens

Drama Pelajar UNITAR Alam Mesra Curi Tumpuan Audiens

by borneo-editor
March 18, 2026
0

KOTA KINABALU, 17 Mac 2026 — Pelajar Ijazah Sarjana Muda Major Pendidikan Bahasa Melayu di UNITAR International Campus Wilayah Kota...

Pemimpin Sabah desak pelaksanaan segera Perintah 40% Mahkamah

Pemimpin Sabah desak pelaksanaan segera Perintah 40% Mahkamah

by borneo-editor
March 17, 2026
0

KOTA KINABALU, 17 Mac — Tekanan terhadap pelaksanaan hak 40 peratus Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) semakin memuncak...

PPIB UMS hulur sumbangan Ramadan kepada anak yatim dan asnaf di Ranau

PPIB UMS hulur sumbangan Ramadan kepada anak yatim dan asnaf di Ranau

by borneo-editor
March 10, 2026
0

KOTA KINABALU: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi Program...

Load More
Next Post
Pemimpin Sabah desak pelaksanaan segera Perintah 40% Mahkamah

Pemimpin Sabah desak pelaksanaan segera Perintah 40% Mahkamah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.