Sunday, January 25, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Uncategorized

Mahkamah Adat Sabah peroleh impak positif Fakulti Undang-Undang UMS

by borneo-editor
January 25, 2026
in Uncategorized
0
Mahkamah Adat Sabah peroleh impak positif Fakulti Undang-Undang UMS

Perunding Akademik, Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Dr Henry Bating dalam siaran akhbar Asia Times 20 Jan 2026

1
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

KOTA KINABALU: 19-1-2026 – Mahkamah Anak Negeri Sabah bakal menerima impak positif dari Penubuhan Fakulti Undang-Undang di Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk memperkukuh pembangunan pendidikan perundangan di Sabah, khususnya dalam konteks masyarakat berbilang etnik dan sistem perundangan majmuk yang diamalkan di negeri ini.

Perunding Akademik, Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEANS), Dr Henry Bating berkata, penubuhan fakulti itu perlu dimanfaatkan secara menyeluruh dan tidak terhad kepada pengajian undang-undang sivil semata-mata.

“Dari perspektif kepimpinan adat di Sabah, penubuhan Fakulti Undang-undang UMS harus dilihat sebagai peluang untuk memperkukuh kedudukan undang-undang adat dan Mahkamah Anak Negeri dalam ekosistem perundangan negeri,” katanya merujuk pengumuman Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Menurut beliau, fakulti itu berpotensi besar untuk menjadi rakan strategik Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN) Sabah dalam usaha memperkasa latihan, penyelidikan dan pembangunan kapasiti sumber manusia kehakiman adat.

“Kerjasama berstruktur antara Fakulti Undang-undang UMS dan ILMAN perlu diwujudkan supaya latihan kepada pegawai Mahkamah Anak Negeri dan ketua-ketua adat dapat diperkukuh secara akademik, sistematik dan berterusan,” katanya.

Dr Henry yang juga Pensyarah Kanan di PPIB UMS berkata, antara bentuk kerjasama yang boleh diteroka termasuk pembangunan kurikulum undang-undang adat, latihan profesional berterusan, penyelidikan bersama serta pendokumentasian enakmen dan keputusan Mahkamah Anak Negeri sebagai bahan rujukan sah.

“Sabah mempunyai warisan undang-undang adat yang kaya dan berakar dalam struktur sosial masyarakat anak negeri, namun warisan ini perlu diperkasa melalui pendekatan keilmuan agar terus relevan, dihormati dan berwibawa dalam sistem kehakiman moden,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa sinergi antara UMS dan ILMAN mampu meningkatkan profesionalisme Mahkamah Anak Negeri, di samping melahirkan graduan perundangan tempatan yang memahami undang-undang sivil serta mempunyai kepekaan mendalam terhadap nilai dan prinsip adat.

“Fakulti Undang-undang UMS wajar dirancang dengan visi jangka panjang yang inklusif, dengan memberi pengiktirafan sewajarnya kepada undang-undang adat Sabah sebagai satu cabang ilmu yang penting dan strategik dalam pembangunan negeri,” katanya.

borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Ishak, Gimbang dilantik Pemangku Timbalan Presiden Star

Ishak, Gimbang dilantik Pemangku Timbalan Presiden Star

by borneo-editor
December 24, 2025
0

KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Sabah dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi hari ini mengumumkan pelantikan jawatan untuk mengisi...

Video kaitkan Dr Jeffrey – serangan terancang, cipta persepi jahat

Video kaitkan Dr Jeffrey – serangan terancang, cipta persepi jahat

by borneo-editor
September 24, 2025
0

KOTA KINABALU: Rakaman video yang mengaitkan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Jeffrey G Kitingan sebagai menerima wang RM1.78 juta...

Kaamatan Dusun Lotud Suang Mongkobung berlangsung nostalgik di tebing Sg Telipok

Kaamatan Dusun Lotud Suang Mongkobung berlangsung nostalgik di tebing Sg Telipok

by borneo-editor
June 22, 2025
0

TELIPOK: 21 Jun 2025 - Kaamatan Dusun Lotud Suang Mongkobung dilaksanakan buat julung kalinya tahun ini di tebing Sungai Telipok...

Rakyat Sabah sambut semua perayaan – keluarga berbilang agama, keturunan

Rakyat Sabah sambut semua perayaan – keluarga berbilang agama, keturunan

by borneo-editor
December 24, 2024
0

Oleh David E Gilingan KOTA KINABALU | 23 Dis 2024: Rakyat Sabah merayakan semua perayaan kerana sebahagian besar di kalangan...

Load More

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.