Saturday, February 14, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

STAR Karambunai kecam gurauan Exco Kedah, hina ahli parti Malaya di Sabah

by borneo-editor
November 14, 2025
in Malay
0
STAR Karambunai kecam gurauan Exco Kedah, hina ahli parti Malaya di Sabah

Stephen bertemu penduduk Bukit Setia.

131
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

KOTA KINABALU, 14 Nov —Ketua Bahagian STAR Karambunai Datuk Kapitan Stephen Teo, yang juga calon parti itu bagi DUN Karambunai, mengecam keras kenyataan berseloroh Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kedah, Mansor Zakaria, yang juga pemimpin PAS, berhubung isu “kempen Sabah bagi roti Gardenia” yang tular sejak semalam.

Menurut Stephen, gurauan tersebut bukan sahaja tidak wajar, malah dilihat sebagai satu penghinaan terhadap rakyat Sabah serta ahli-ahli PAS sendiri di Sabah.

“Kami menerima banyak reaksi sinis daripada masyarakat Karambunai. Ramai menyatakan bahawa kenyataan itu menunjukkan tahap pemikiran yang sangat rendah oleh seorang pemimpin PAS. Ia bukan hanya menghina rakyat Sabah, malah memperlekehkan penyokong partinya sendiri di Sabah,” katanya.

Stephen berkata demikian selepas menghadiri satu pertemuan bersama penduduk Kg Suang Parai malam tadi, di mana isu tersebut turut dibangkitkan oleh masyarakat setempat yang jelas terguris dengan kenyataan berkenaan.

“Penduduk turut menyuarakan rasa kecewa dan marah. Bagi mereka, kenyataan seperti ini membuktikan masih ada pemimpin dari Semenanjung yang memandang rendah terhadap Sabah. Jika beginilah standard kepimpinan PAS atau mana-mana parti dari Malaya, maka rakyat wajar menolak parti-parti itu di Sabah,” tegasnya.

Stephen menegaskan bahawa STAR akan terus menjadi benteng mempertahankan maruah, hak dan suara rakyat Sabah daripada sebarang kenyataan yang memperlekehkan Sabah.

Stephen bersama penduduk Kg Suang Parai.
borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 14, 2026
0

Siri 3/10 Oleh Dr. Henry BatingORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan instrumen perundangan penting yang menginstitusikan kedudukan adat dalam sistem undang-undang...

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 6, 2026
0

Siri 2/10 Oleh Dr. Henry Bating ORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan hasil evolusi panjang hubungan di antara adat tempatan dan...

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

KENINGAU: Simposium Pertama Saintifik Pergigian Peringkat Negeri 2026 (SOHSS) bakal menghimpunkan warga profesional pergigian Sabah dalam satu platform ilmiah berfokus...

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

Siri 1/10Oleh Dr. Henry Bating UNDANG-undang adat merujuk kepada norma, nilai dan peraturan tidak bertulis yang berkembang secara turun-temurun dalam...

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

by borneo-editor
January 13, 2026
0

Oleh Mark Ronnald MalajimTambunan, 13 Januari 2026 – YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Ahli Parlimen P.180 Keningau...

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

by borneo-editor
January 1, 2026
0

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan terus mempertingkatkan kemudahan dan prasarana di Pantai Kemudi Ilmu sebagai sebahagian daripada usaha...

Load More
Next Post
Calon STAR Kuala Penyu dapat sokongan Legenda Bola Sepak Sabah

Calon STAR Kuala Penyu dapat sokongan Legenda Bola Sepak Sabah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.