Thursday, November 6, 2025
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Star Kuala Penyu perkenal calon pilihanraya – Walther Philip Michael

by borneo-editor
November 6, 2025
in Malay
0
Star Kuala Penyu perkenal calon pilihanraya – Walther Philip Michael

Walther dan Jonas (duduk tengah) selepas pertemuan Star Bahagian Kuala Penyu

16
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

KUALA PENYU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah memperkenalkan Walther Philip Michael sebagai calon Pilihan Raya Negeri Sabah DUN Kuala Penyu, suatu penampilan kepimpinan muda yang berakar kuat di daerah ini serta memahami keperluan rakyat setempat.

Ketua Bahagian STAR Kuala Penyu Jonas Sunggim, berkata pemilihan Walther mencerminkan kesediaan parti untuk membawa perubahan baharu demi memperjuangkan hak perlembagaan Sabah dalam Malaysia dengan mendukung perjuangan Presiden Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan sejak awal 1980-an.

“Walther bukan sahaja anak kelahiran Kuala Penyu, tetapi membesar dalam lingkungan masyarakat yang dekat dengan denyut nadi rakyat. Sebagai usahawan muda dalam bidang kejuruteraan yang berpengalaman, beliau memahami keperluan pembangunan, infrastruktur, peluang ekonomi dan masa depan belia di kawasan ini,” demikian perbincangan dalaman bahagian parti itu dipetik sebagai berkata.

Walther, graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), kini menjalankan perniagaan sepenuh masa di Labuan dan Kota Kinabalu, terutamanya dalam sektor berkaitan kerja-kerja kejuruteraan.

Keupayaan teknikal dan pengalaman perniagaan memberinya perspektif praktikal untuk pembangunan Kuala Penyu secara mampan dan inklusif.

Walther juga membawa kesinambungan sejarah politik keluarga. Ayahnya, Philip Michael Pangang, merupakan antara pelopor utama Parti Bersatu Sabah (PBS) pada 1985 dan memainkan peranan sehingga kemenangan calon parti itu di Kuala Penyu pada 1986, lalu kemudian mengasaskan PBS Labuan.

Hari ini, Walther meneruskan legasi ayahnya dengan mengasaskan STAR Labuan, membawa kesinambungan dan pembaharuan dalam satu garis perjuangan yang sama.

Aktif dalam pertubuhan masyarakat seperti KDCA dan KCCI, Walther amat dekat dengan budaya, adat, dan aspirasi rakyat di kawasan ini, terutama hubungan erat antara komuniti Kuala Penyu dan Labuan.

Sebagai langkah awal, Walther memulakan siri jelajah bertemu pengundi dan rangkaian ahli keluarga besar komuniti Kuala Penyu yang berada di Labuan, Kuala Penyu, Beaufort dan Kota Kinabalu.

Katanya, siri kunjungan itu bertujuan mengukuhkan sokongan akar umbi serta memastikan suara rakyat diterjemahkan ke dalam dasar dan tindakan.

“STAR Kuala Penyu yakin Walther adalah suara baharu dengan hala tuju yang jelas serta hati yang dekat dengan rakyat. Kita tidak hanya membawa calon, kita membawa harapan dan masa depan Kuala Penyu,” ujar Jonas.

Kuala Penyu
Kota Kinabalu
Mendengar nasihat angkatan veteran
Beramah mesra dengan pengundi
Majlis rasmi Star
Sehati sejiwa dalam perjuangan Star
borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Star pertahan kuasa rakyat, utamakan calon tempatan Karambunai

Star pertahan kuasa rakyat, utamakan calon tempatan Karambunai

by borneo-editor
November 6, 2025
0

KARAMBUNAI (Kota Kinabalu): 5 Nov 2025 — Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah menegaskan komitmennya untuk memastikan kawasan DUN Karambunai...

Kursus asas bahasa Mandarin PPIB UMS dapat sambutan masyarakat Darau

Kursus asas bahasa Mandarin PPIB UMS dapat sambutan masyarakat Darau

by borneo-editor
October 27, 2025
0

KOTA KINABALU: Kursus Pertuturan Asas Bahasa Mandarin di SK Rampayan, Darau mendapat sambutan peserta berumur 6-50 tahun untuk mempelajari salah...

Akar umbi Star Liawan teguh bersama Presiden Dr Jeffrey Kitingan

Akar umbi Star Liawan teguh bersama Presiden Dr Jeffrey Kitingan

by borneo-editor
October 19, 2025
0

KENINGAU: Parti Solidariti Tanah Airku (STARSabah) Bahagian N.41 Liawan kini bergerak lebih bertenaga dan bersatu padu untuk meneruskan kemenangan di...

PPIB UMS lancar Inovasi Modul 5M bahasa etnik

PPIB UMS lancar Inovasi Modul 5M bahasa etnik

by borneo-editor
October 10, 2025
0

TELIPOK: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melancarkan Inovasi Modul 5M Bahasa Etnik untuk memperluas penggunaan bahasa ibunda dalam kalangan generasi masyarakat...

Dr Jeffrey hulur sumbangan mangsa banjir Penampang

Dr Jeffrey hulur sumbangan mangsa banjir Penampang

by borneo-editor
September 27, 2025
0

PENAMPANG: Sebagai tanda keprihatinan terhadap mangsa banjir di kawasan Penampang, Timbalan Ketua Menteri I Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey G....

Star Sabah perkukuh persiapan hadapi PRN, tuntutan hak Sabah jadi keutamaan

Star Sabah perkukuh persiapan hadapi PRN, tuntutan hak Sabah jadi keutamaan

by borneo-editor
September 27, 2025
0

KOTA KINABALU: 26 Sept – Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Sabah menyeru semua bahagian serta para penyokong parti untuk memperkemas...

Load More

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.