Saturday, September 27, 2025
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Uncategorized

Video kaitkan Dr Jeffrey – serangan terancang, cipta persepi jahat

by borneo-editor
September 24, 2025
in Uncategorized
0
Video kaitkan Dr Jeffrey – serangan terancang, cipta persepi jahat

Datuk Kapitan Stephen Teo

371
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

KOTA KINABALU: Rakaman video yang mengaitkan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Jeffrey G Kitingan sebagai menerima wang RM1.78 juta adalah fitnah semata-mata.

Ketua Bahagian Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Karambunai, Datuk Kapitan Stephen Teo menegaskan dengan penuh yakin bahawa video itu hanyalah perbualan yang dipotong, dimanipulasi dan ditafsirkan secara songsang untuk mencipta persepsi jahat terhadap Presiden Star.

“Selepas meneliti video itu, paparannya langsung tidak menunjukkan sebarang pengakuan atau pengesahan daripada Dr. Jeffrey,” katanya.

Stephen yang juga Penyelaras Star Labuan menyifatkan video itu sebagai satu serangan terancang kerana pilihan raya umum negeri (PRN) Sabah semakin hampir.

Menurutnya, pihak lawan tahu mereka tidak mampu menandingi kekuatan Star dan ketokohon presiden parti, maka fitnah menjadi senjata akhir mereka.

“Tetapi kita tahu, rakyat Sabah tidak mudah terpedaya, Dr Jeffrey adalah pemimpin teruji selama puluhan tahun memperjuangkan hak dan maruah rakyat Sabah,” kata Stephen.

Jelas Stephen lagi, di sisi undang-undang, rakaman video seperti yang ditularkan tidak sahih dan tidak boleh dijadikan bukti tanpa pengesahan forensik.

“Setiap individu adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah di mahkamah, dan penyebaran video fitnah itu boleh disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jadi jelas, apa yang berlaku hanyalah propaganda kotor,” katanya.

Seterusnya Stephen meminta seluruh ahli dan penyokong Star agar tidak gentar serta tidak goyah. Katanya, serangan itu hanya membuktikan bahawa perjuangan Star semakin mendekati kemenangan.

“Berdiri teguh kita bersama Presiden Star Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan. Kita akan buktikan bahawa fitnah tidak akan mematahkan semangat Star, sebaliknya fitnah itu akan lebih membakar semangat juang untuk mempertahankan hak Sabah,” jelas Stephen.

borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Kaamatan Dusun Lotud Suang Mongkobung berlangsung nostalgik di tebing Sg Telipok

Kaamatan Dusun Lotud Suang Mongkobung berlangsung nostalgik di tebing Sg Telipok

by borneo-editor
June 22, 2025
0

TELIPOK: 21 Jun 2025 - Kaamatan Dusun Lotud Suang Mongkobung dilaksanakan buat julung kalinya tahun ini di tebing Sungai Telipok...

Rakyat Sabah sambut semua perayaan – keluarga berbilang agama, keturunan

Rakyat Sabah sambut semua perayaan – keluarga berbilang agama, keturunan

by borneo-editor
December 24, 2024
0

Oleh David E Gilingan KOTA KINABALU | 23 Dis 2024: Rakyat Sabah merayakan semua perayaan kerana sebahagian besar di kalangan...

Load More
Next Post
Star Sabah perkukuh persiapan hadapi PRN, tuntutan hak Sabah jadi keutamaan

Star Sabah perkukuh persiapan hadapi PRN, tuntutan hak Sabah jadi keutamaan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.