Saturday, February 14, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

‘Manifesto Labuan’ garis lima teras tuntut hak sosiobudaya

by borneo-editor
August 30, 2025
in Malay
0
‘Manifesto Labuan’ garis lima teras tuntut hak sosiobudaya
444
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

LABUAN: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Labuan perlu menjadikan lima isu sosiobudaya sebagai teras utama dalam ‘Manifesto Labuan’ bagi menuntut pelaksanaan adil Wilayah Persekutuan dan Kerajaan Sabah.

Setiausaha Agung Star Sabah Senator Datuk Edward Linggu berkata lima isu itu akan menjadi asas penting penduduk Labuan menuntut apa yang sesuai bagi mereka, apa yang sudah ada, serta apa yang sudah termaktub dalam perjanjian dan perlembagaan.

“Lima isu sosiobudaya itu akan dibincangkan bersama Presiden (Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan) dan pucuk pimpinan parti (Star), dan jika diperlukan, kami akan selalu datang ke Labuan untuk bersama masyarakat Labuan memperjuangkan kepentingan mereka,” katanya ketika menutup Forum Sosiobudaya Labuan di sini Jumaat lalu.

Terdahulu Ketua Bahagian Star Labuan, Walther Philip Michael menggariskan lima isu sosiobudaya Labuan yang merangkumi kepelbagaian etnik Labuan, Ordinan Anak Negeri Sabah, Brand Borneo Tarikan Labuan, Libat Sama Pelbagai Etnik dalam Perbadanan Labuan, Sekretariat Sabah Labuan, dan pelbagai ikatan Labuan dalam MA63.

Lima isu tersebut ditanggapi panel forum dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya Dr. Bilcher Bala dengan pembentangan bertajuk ‘Labuan dalam Kerangka Perjanjian Malaysia 1963: Naratif Sejarah, Sosiobudaya dan Keadilan Wilayah’.

Dalam pembentangannya, Dr Bilcher dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) memetik Penyata Rasmi Parlimen, 19 Mac 1984: hlm. 762 yang mencatatkan, “Kerajaan Sabah telah menerangkan bahawa Kerajaan Persekutuan hanya mengambil alih pentadbiran Labuan, manakala tanah masih berada di bawah kedaulatan Kerajaan Sabah”.

“Penyerahan Labuan tanpa pindaan kepada MA63, boleh dilihat sebagai satu bentuk pelanggaran semangat asal MA63,” tambah Dr Bilcher dalam forum yang dimoderatorkan Dr Henry Bating dari UMS.

Dari segi naratif identiti sosiobudaya, Dr Biclher menegaskan Labuan berkongsi warisan budaya dengan Sabah, rentetan penyerahan pentadbiran Labuan oleh Kesultanan Brunei kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) pada 1 Januari 1890.

“Sebelum penyerahan itu, belum ada penduduk di pulau Labuan,” katanya.

Dalam huaraian lima isu sosiobudaya Labuan, Walther menyebutkan sebelum pembentukan Malaysia 16 Sept 1963, pemimpin Kadazan F.E.P Majanggil mewakili Labuan Kadazan Society menjadi responden dan informan Suruhanjaya Cobbold pada Mac 1962.

Manakala dalam Pilihan Raya Lembaga Bandaran Labuan 1962, pemimpin Kadazan Joseph Mathew Elias Daud bertanding di kawasan Ramsay sebagai calon UNKO (di bawah gabungan Sabah Alliance Party – bersama Usno dan Bunap).

Perkongsian panel dalam forum itu dirangkumkan serta diulas oleh Penolong Setiausaha Agung Star, Prem Beachile Kitingan. Hadir sama Penyelaras Star Labuan, Datuk Kapitan Stephen Teo, Pengerusi KCCI Labuan Paul Ipoh Leokin, Ketua Wanita PBS Datin Herin Lumpisau dan para pemimpin Star Labuan.

Antara yang hadir Forum Sosiobudaya STARSABAH Labuan

borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 14, 2026
0

Siri 3/10 Oleh Dr. Henry BatingORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan instrumen perundangan penting yang menginstitusikan kedudukan adat dalam sistem undang-undang...

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 6, 2026
0

Siri 2/10 Oleh Dr. Henry Bating ORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan hasil evolusi panjang hubungan di antara adat tempatan dan...

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

KENINGAU: Simposium Pertama Saintifik Pergigian Peringkat Negeri 2026 (SOHSS) bakal menghimpunkan warga profesional pergigian Sabah dalam satu platform ilmiah berfokus...

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

Siri 1/10Oleh Dr. Henry Bating UNDANG-undang adat merujuk kepada norma, nilai dan peraturan tidak bertulis yang berkembang secara turun-temurun dalam...

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

by borneo-editor
January 13, 2026
0

Oleh Mark Ronnald MalajimTambunan, 13 Januari 2026 – YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Ahli Parlimen P.180 Keningau...

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

by borneo-editor
January 1, 2026
0

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan terus mempertingkatkan kemudahan dan prasarana di Pantai Kemudi Ilmu sebagai sebahagian daripada usaha...

Load More
Next Post
Video kaitkan Dr Jeffrey – serangan terancang, cipta persepi jahat

Video kaitkan Dr Jeffrey - serangan terancang, cipta persepi jahat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.