Saturday, February 21, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Dayak Borneo gagas peradaban Kalimantan – Sabah – Sarawak

by borneo-editor
August 24, 2025
in Malay
0
Dayak Borneo gagas peradaban Kalimantan – Sabah – Sarawak

Dr Jeffrey (tengah) bersama para pemimpin dan hadirin Perhimpunan Dayak SeBorneo di Palangka Raya, Kalimantan Tengah, Indonesia

38
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

PALANGKARAYA (Indonesia): 22 Ogos 2025 – Seminar Antarabangsa ‘The Great Borneo’s Assembly’ (Pumpung Hai Borneo) menandakan kehadiran aktif masyarakat Dayak dalam peradaban global bagi memangkin perubahan besar dalam jalinan kerjasama Kalimantan – Sabah – Sarawak.

Presiden Borneo Dayak Forum (BDF) Datuk Seri Dr Jeffrey G. Kitingan berkata pertemuan Dayak seluruh Borneo di Kalimantan Tengah itu merupakan detik bersejarah yang menghimpun satu suara, semangat dan visi.

“Kita berhimpun untuk menggagas masa depan masyarakat Adat Dayak demi menggaris kekayaan sumber alam Borneo yang tidak seiring dengan kemajuan sosio-ekonomi penduduk, kesan penjajahan dan kekurangan infrastruktur,” katanya.

Dr Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah menegaskan, nenek moyang kita sekadar mengenal kampung halaman, namun mereka telah mewariskan kearifan lokal, hukum adat, seni dan nilai-nilai kebersamaan sebagai asas kukuh melangkah ke pentas dunia.

Perhimpunan sempena Hari Orang Asal Sedunia itu meletakkan topik perbincangan ’Quo Vadis, Dayak’ untuk meneliti masa depan masyarakat Dayak berdasarkan situasi sosio-ekonomi dan politik Borneo.

Perhimpunan itu menekankan pemugaran hukum adat, transformasi digital dan ekonomi kreatif generasi muda, pembangunan ekonomi berasaskan pertanian dan alam sekitar lestari, pelancongan seBorneo, pengukuhan pendidikan berasaskan adat budaya, serta peranan penting wanita Dayak.

Menurut Dr Jeffrey, pemugaran tentang aspek-aspek tersebut bertujuan untuk membina jambatan antara tradisi dan modernisasi, identiti lokal dan peradaban global.

Atas dasar gagasan itu, Dr Jeffrey mencadangkan pelaksanaan langkah-langkah strategik termasuk penubuhan semula Borneo Games dan Pesta Kebudayaan Borneo bagi memperkukuh silaturahim melalui adat dan budaya.

“Usaha mendirikan sekolah adat di seluruh Borneo haruslah diaktifkan bagi mewujudkan mekanisme perbincangan berterusan melalui Borneo Dayak Forum, memperkukuh kehadiran di peringkat antarabangsa melalui Dayak International Organization (DIO) dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk memperjuangkan pengakuan Borneo Dayak Nation berasaskan hukum adat,” katanya.

Hadir sama Gabenor dan wakil semua propinsi dari seluruh Kalimantan, Timbalan Premier Sarawak, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Senator dan Ahli Parlimen Dayak Indonesia, para Pemimpin Masyarakat Dayak se-Nusantara Borneo, Para Akademis Dayak, Peneliti, NGO, dan kalangan generasi muda Dayak.

Dr Jeffrey dan isteri Datin Seri Cecilia diraikan dalam tradisi Dayak Kalimantan
borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 14, 2026
0

Siri 3/10 Oleh Dr. Henry BatingORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan instrumen perundangan penting yang menginstitusikan kedudukan adat dalam sistem undang-undang...

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 6, 2026
0

Siri 2/10 Oleh Dr. Henry Bating ORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan hasil evolusi panjang hubungan di antara adat tempatan dan...

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

KENINGAU: Simposium Pertama Saintifik Pergigian Peringkat Negeri 2026 (SOHSS) bakal menghimpunkan warga profesional pergigian Sabah dalam satu platform ilmiah berfokus...

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

Siri 1/10Oleh Dr. Henry Bating UNDANG-undang adat merujuk kepada norma, nilai dan peraturan tidak bertulis yang berkembang secara turun-temurun dalam...

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

by borneo-editor
January 13, 2026
0

Oleh Mark Ronnald MalajimTambunan, 13 Januari 2026 – YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Ahli Parlimen P.180 Keningau...

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

by borneo-editor
January 1, 2026
0

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan terus mempertingkatkan kemudahan dan prasarana di Pantai Kemudi Ilmu sebagai sebahagian daripada usaha...

Load More
Next Post
‘Manifesto Labuan’ garis lima teras tuntut hak sosiobudaya

‘Manifesto Labuan’ garis lima teras tuntut hak sosiobudaya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.