Saturday, February 21, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Imigresen Labuan periksa 70 pekerja pusat hiburan, tahan seorang warga Filipina

by borneo-editor
August 11, 2025
in Malay
0
Imigresen Labuan periksa 70 pekerja pusat hiburan, tahan seorang warga Filipina

Antara pekerja pusat hiburan yang diperiksa

84
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

LABUAN: 9 Ogos 2025 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan (WP) Labuan dalam pemeriksaan 70 pekerja pusat hiburan di sini, menahan seorang lelaki warga Filipina kerana tidak mempunyai permit sah untuk berada di Malaysia.

Pengarah JIM WP Labuan Raymond Entalai berkata pemeriksaan itu dijalankan Unit QRT dalam Ops Gegar dan Ops Kutip antara 09.00 malam hingga 07.00 pagi melibatkan sepasukan pegawai pelbagai pangkat diketuai KTPP Fatrick James.

”Sepanjang tempoh pemeriksaan, sebanyak enam (6) Borang Imm.29 iaitu Saman Kepada Saksi telah dikeluarkan,” katanya.

Raymond menjelaskan, sepanjang operasi itu, pemeriksaan mendapati enam puluh satu (61) orang merupakan warganegara Malaysia manakala sembilan (9) lagi warganegara Filipina.

Menurut Raymond, JIM WP Labuan komited dan tidak akan berkompromi terhadap warga asing yang tinggal secara haram, menyalahgunakan pas dan melakukan aktiviti tidak bermoral di negara ini.

”Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Passport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 serta Akta Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM),” katanya.

Raymond berharap kaedah operasi dan Omni Present itu dapat meningkatkan lagi kesedaran masyarakat tentang isu-isu pelanggaran undang-undang keimigresenan.

Katanya, JIM turut menjalankan kaedah Omni Present di sektor pembinaan, sektor perkhidmatan, sektor hiburan dan sektor minyak dan gas.

Orang ramai boleh mengajukan aduan berkaitan Pendatang Tanpa Izin (PATI) ke talian 087-421 296 atau Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di pautan https://imi.spab.gov.my/eApps/system/index.do atau e-mel pro_labuan@imi.gov.my.

Imigresen Labuan dalam operasi di salah satu premis pusat hiburan

borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 14, 2026
0

Siri 3/10 Oleh Dr. Henry BatingORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan instrumen perundangan penting yang menginstitusikan kedudukan adat dalam sistem undang-undang...

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 6, 2026
0

Siri 2/10 Oleh Dr. Henry Bating ORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan hasil evolusi panjang hubungan di antara adat tempatan dan...

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

KENINGAU: Simposium Pertama Saintifik Pergigian Peringkat Negeri 2026 (SOHSS) bakal menghimpunkan warga profesional pergigian Sabah dalam satu platform ilmiah berfokus...

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

Siri 1/10Oleh Dr. Henry Bating UNDANG-undang adat merujuk kepada norma, nilai dan peraturan tidak bertulis yang berkembang secara turun-temurun dalam...

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

by borneo-editor
January 13, 2026
0

Oleh Mark Ronnald MalajimTambunan, 13 Januari 2026 – YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Ahli Parlimen P.180 Keningau...

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

by borneo-editor
January 1, 2026
0

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan terus mempertingkatkan kemudahan dan prasarana di Pantai Kemudi Ilmu sebagai sebahagian daripada usaha...

Load More
Next Post
Dayak Borneo gagas peradaban Kalimantan – Sabah – Sarawak

Dayak Borneo gagas peradaban Kalimantan – Sabah - Sarawak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.