Tuesday, March 31, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Inovasi ‘bubu ikan hibrid’ UMS tingkat hasil nelayan

by borneo-editor
July 1, 2025
in Malay
0
Inovasi ‘bubu ikan hibrid’ UMS tingkat hasil nelayan

Dr. Kasim (keenam kiri) menyerahkan bubu ikan hibrid kepada 28 nelayan.

43
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

KOTA KINABALU: Penggunaan ‘bubu ikan hibrid’ mampu memberi pendapatan tambahan kepada nelayan tradisional yang menggunakan peralatan pancing, jala dan pukat dalam operasi penangkapan ikan di perairan dekat pantai.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor berkata uji cuba penggunaan bubu tersebut telah dijalankan dalam kalangan nelayan artisanal di Semporna dan sekitar pantai universiti itu.

“Hasil uji cuba menunjukkan nelayan memperoleh pendapatan tidak kurang RM400 seminggu sebagai tambahan dari pendapatan hasil memancing, menjala dan memukat,” katanya.

Dr. Kasim berkata demikian pada Majlis Pemindahan Ilmu Melalui Penyerahan Bubu Ikan Hibrid kepada Nelayan Artisanal di Kg Rampayan Laut di sini pada Sabtu.

Majlis itu melibatkan penyerahan bubu hibrid beserta jaket keselamatan kepada 28 nelayan di kampung itu.

Bubu hibrid merupakan inovasi dari bubu tradisional yang menggunakan bahan bambu dan rotan kepada penggunaan bahan kerangka batang besi dan jaring getah dengan perangkap anjal yang boleh menyesuaikan ukuran ikan yang masuk perangkap.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Ir. Dr. Rosalam Hj. Sarbatly, Pengarah Pusat Penyelidikan Ekonomi Biru dan Keselamatan Maritim UMS, Prof. Datuk Dr. Ismail Ali, Pengarah Pusat Kelestarian dan Libatsama Masyarakat, Ts. Dr. Ag. Sufiyan bin Abd Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Blue Dreams Sdn Bhd Michael Hi Long, pengusaha ikan air tawar, Datuk Yap Yun Fook, Ketua Kampung KK Amberen Aliamat dan penduduk.

Program itu diadakan selaras dengan saranan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mengukuhkan jaringan di antara institusi pengajian tinggi dan masyarakat serta mendukung agenda pembangunan ekonomi biru kerajaan Sabah menerusi Sekretariat Sabah Maju Jaya.

Program bubu hibrid itu merupakan antara tanggung jawab korporat UMS yang melibatkan dana penyelidikan bagi menambah pendapatan kalangan golongan sasar, manakala jaket keselamatan berkualiti tinggi disumbangkan Blue Dreams Sdn Bhd.

Dr. Kasim turut memaklumkan di bawah program sama, pihak UMS telah melepaskan benih ikan berjumlah 1.5 juta di Sungai Darau yang turut melibatkan benih udang untuk mengekalkan ekosistem sungai berkenaan sebagai sumber makanan penduduk. – Foto Earnest Berinus UMS

Dr. Kasim menunjukkan rupa bentuk bubu ikan hibrid.
Dr. Kasim menyampaikan jaket keselamatan kepada salah seorang nelayan.
Dr. Kasim ketika berucap di majlis itu.
borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Presiden, Setiausaha Agung STAR hadir Jamuan Harijadi TYT Ke-75

Presiden, Setiausaha Agung STAR hadir Jamuan Harijadi TYT Ke-75

by borneo-editor
March 30, 2026
0

KOTA KINABALU, 30 Mac – Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan dan Datin...

Dr. Jeffrey hadir Rumah Terbuka Raya CM di Tuaran

Dr. Jeffrey hadir Rumah Terbuka Raya CM di Tuaran

by borneo-editor
March 23, 2026
0

Drama Pelajar UNITAR Alam Mesra Curi Tumpuan Audiens

Drama Pelajar UNITAR Alam Mesra Curi Tumpuan Audiens

by borneo-editor
March 18, 2026
0

KOTA KINABALU, 17 Mac 2026 — Pelajar Ijazah Sarjana Muda Major Pendidikan Bahasa Melayu di UNITAR International Campus Wilayah Kota...

Pemimpin Sabah desak pelaksanaan segera Perintah 40% Mahkamah

Pemimpin Sabah desak pelaksanaan segera Perintah 40% Mahkamah

by borneo-editor
March 17, 2026
0

KOTA KINABALU, 17 Mac — Tekanan terhadap pelaksanaan hak 40 peratus Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) semakin memuncak...

Kuota 35% Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak Jamin Hak Borneo Terpelihara – Jeffrey

Kuota 35% Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak Jamin Hak Borneo Terpelihara – Jeffrey

by borneo-editor
March 15, 2026
0

Oleh Mark Ronnald MalajimTAMBUNAN: Perjuangan menuntut 35 peratus kuota kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia...

PPIB UMS hulur sumbangan Ramadan kepada anak yatim dan asnaf di Ranau

PPIB UMS hulur sumbangan Ramadan kepada anak yatim dan asnaf di Ranau

by borneo-editor
March 10, 2026
0

KOTA KINABALU: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi Program...

Load More
Next Post
STAR BerSolidariti Bersama Presiden Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan

STAR BerSolidariti Bersama Presiden Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.