Saturday, February 14, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

UNAIR – UMS perkukuh kerjasama menerusi ‘Kuliah Tamu’ pensyarah jemputan

by borneo-editor
June 1, 2025
in Malay
0
UNAIR – UMS perkukuh kerjasama menerusi ‘Kuliah Tamu’ pensyarah jemputan

Dr Henry, Dr Hanany, Dr Mochtar dan Bramantio bersama para pelajar FIB UNAIR selepas kuliah tamu.

108
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

SURABAYA: Universitas Airlangga (UNAIR) Surabaya dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) memperkukuh kerjasama akademik menerusi kegiatan ‘Kuliah Tamu’ dalam bidang kesusasteraan etnik dan penggunaan sastera Nusantara dalam pengajaran bahasa Inggeris di Malaysia.

Dekan Fakultas Ilmu Budaya (FIB) UNAIR Prof. Dr. Purnawan Basundoro mengalu-alukan ketibaan dua pensyarah kanan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) UMS untuk menjadi Dosen Tamu (Pensyarah Jemputan) 26-28 Mei di Kampus B universiti itu.

“Semoga memperoleh pengalaman ilmu selama berada di kampus ini (UNAIR),” kata Prof. Dr. Purnawan yang turut diiringi Timbalan Dekan III Dr. Lina Puryanti dan Ketua Departemen Bahasa dan Sastera Indonesia Dr. Mochtar Lutfi.

Dalam surat kepaada Dekan FIB UNAIR, Dekan PPIB UMS Prof. Dr. Ismail Ali mengungkapkan terima kasih kepada Prof. Dr. Purnawan serta pimpinan fakulti itu di atas kesempatan dan ruang yang diberikan kepada dua pensyarah kanan PPIB mengisi program sebagai pensyarah jemputan.

“Kami amat menghargai segala kebaikan dan perhatian yang diberikan pihak FIB UNAIR kepada dua pensyarah PPIB UMS selama melaksanakan tugas luar negara di Surabaya,” kata Prof. Dr. Ismail.

Prof. Dr. Purnawan Basundoro (tengah), Dr Lina Puryanti, Dr Mochtar Lutfi, Dr Henry Bating dan Dr Shakiratul Hanany selepas diskusi kegiatan hari pertama.

Pada hari pertama, diskusi pelaksanaan kegiatan diadakan bersama Timbalan Dekan I Dr. Listiyono Santoso, Dr. Lina, Dr. Lutfi dan dua pensyarah Nuri Hermawan serta Ahmad Syauqi.

Hari kedua disusuli kuliah tamu dua pensyarah kanan PPIB, Dr. Henry Bating dan Dr. Shakiratul Hanany Binti Abdul Rahman yang diselenggarakan bersama pensyarah FIB Bramantio.

Henry menyampaikan kuliah bertajuk ‘Sastera Etnik Sabah Dalam Kesusasteraan Nusantara/ Perbandingan Sastera Malaysia dan Sastera Indonesia’ manakala Hanany memberi kuliah bertajuk ‘Literature in Teaching and Learning of English in Malaysian Secondary Schools’.

Pada hari ketiga, interaksi ilmiah dijalankan untuk mengutip data kajian di kalangan pelajar major bahasa dan sastera Indonesia menerusi kaedah memberi maklum balas soal selidik dan Focus Group Discussion (FGD).

Data kajian dikutip untuk melengkapkan kajian bertajuk ‘Multikultural Dalam Sastera Malaysia dan Sastera Indonesia’ yang dijalankan bersama PPIB dan FIB di bawah Geran Dana Kluster UMS diketuai Henry dan dianggotai Mochtar, Hanany dan Dr Bavani Arumugan @ Seiyalu.

Program kuliah tamu itu merupakan lanjutan dari kunjungan rombongan FIB UNAIR ke UMS pada 28-30 Ogos 2024.

Dr. Listiyono Santoso (kiri) dalam diskusi pelaksanaan kegiatan kuliah tamu dan kajian bersama FIB UNAIR – PPIB UMS

borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 14, 2026
0

Siri 3/10 Oleh Dr. Henry BatingORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan instrumen perundangan penting yang menginstitusikan kedudukan adat dalam sistem undang-undang...

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 6, 2026
0

Siri 2/10 Oleh Dr. Henry Bating ORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan hasil evolusi panjang hubungan di antara adat tempatan dan...

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

KENINGAU: Simposium Pertama Saintifik Pergigian Peringkat Negeri 2026 (SOHSS) bakal menghimpunkan warga profesional pergigian Sabah dalam satu platform ilmiah berfokus...

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

Siri 1/10Oleh Dr. Henry Bating UNDANG-undang adat merujuk kepada norma, nilai dan peraturan tidak bertulis yang berkembang secara turun-temurun dalam...

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

by borneo-editor
January 13, 2026
0

Oleh Mark Ronnald MalajimTambunan, 13 Januari 2026 – YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Ahli Parlimen P.180 Keningau...

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

by borneo-editor
January 1, 2026
0

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan terus mempertingkatkan kemudahan dan prasarana di Pantai Kemudi Ilmu sebagai sebahagian daripada usaha...

Load More
Next Post
FKI UMS Perkasa STEM Sekolah Rendah Melalui Projek IoT

FKI UMS Perkasa STEM Sekolah Rendah Melalui Projek IoT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.