Monday, October 27, 2025
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Labuan perlu sokongan Sabah perluas pelayaran, bangun jambatan

by borneo-editor
March 3, 2025
in Malay
0
Labuan perlu sokongan Sabah perluas pelayaran, bangun jambatan

Linggu dan Simsudin dalam pertemuan di Perbadanan Labuan.

120
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

LABUAN: Pihak berkuasa di Labuan memerlukan sokongan Kerajaan Sabah untuk membantu merealisasikan hasrat penduduk pulau berstatus bebas cukai di bawah Wilayah Persekutuan itu membangun kemudahan infrastruktur menghubungkan tanah besar Sabah.

Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Sabah, Senator Datuk Edward Linggu berkata usaha Labuan memperluas pelayaran ke pelbagai destinasi di tanah besar Sabah serta membina jambatan Labuan-Menumbok tidak akan dapat dicapai tanpa sokongan kuat dari Kerajaan Sabah.

“Usaha pihak berkuasa di Labuan memperluas pelayaran dan membangun jambatan ke Menumbok hanya akan dapat dicapai apabila mendapat sokongan penuh dari Kerajaan Sabah kerana sebahagian daripada kawasan pelayaran, pendaratan dan pembinaan jambatan berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Sabah,” katanya.

Linggu, mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli berkata demikian ketika mengadakan kunjungan muhibah ke atas Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LDA Holdings, Noor Halim Datuk Haji Zaini di sini.

Dalam pertemuan di Perbadanan Labuan, Linggu diberi taklimat tentang perancangan pembangunan Labuan di mana Simsudin secara tegas mengutarakan permintaan agar Kerajaan Sabah memberikan sokongan kuat terhadap pembinaan jambatan Labuan-Menumbok yang mana pelaksanaannya terbengkalai sejak dirancang lama dahulu.

Sementara Noor Halim dalam taklimatnya tentang operasi pelayaran pelbagai jenis bot dan feri ke beberapa destinasi di Sabah mengharapkan terdapat pihak khusus dalam Kerajaan Sabah yang dapat menjadi rakan strategik Labuan menentukan lokasi dan kemudahan infrastruktur yang baik di tanah besar Sabah.

“Perancangan menyambung semula pelayaran feri ekspress Labuan-Kota Kinabalu tergendala kerana perbincangan berkaitan jeti pendaratan di Kota Kinabalu melibatkan pelbagai pihak,” katanya.

Justeru, Linggu yang juga Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) melihat, sokongan Kerajaan Sabah ke atas usaha membangun kemudahan infrastruktur penyeberangan Labuan-Sabah memiliki impak positif terhadap pembangunan ekonomi Sabah dalam bidang pelaburan pelayaran dan sektor pembinaan.

Linggu seterusnya menzahirkan harapan agar Perbadanan Labuan mula berhubung dengan Kerajaan Sabah untuk menjalin perbincangan memohon restu dan kerjasama bagi melaksanakan pembinaan jambatan Labuan-Menumbok.

Turut serta dalam kunjungan muhibah itu ialah Datuk Kapitan Stephen Teo yang juga Penyelaras Star Labuan.

Linggu, Noor Halim dan Stephen dalam pertemuan di LDA Holdings Labuan.
Di tingkat peninjauan Terminal Feri Antarabangsa Labuan

borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Kursus asas bahasa Mandarin PPIB UMS dapat sambutan masyarakat Darau

Kursus asas bahasa Mandarin PPIB UMS dapat sambutan masyarakat Darau

by borneo-editor
October 27, 2025
0

KOTA KINABALU: Kursus Pertuturan Asas Bahasa Mandarin di SK Rampayan, Darau mendapat sambutan peserta berumur 6-50 tahun untuk mempelajari salah...

Akar umbi Star Liawan teguh bersama Presiden Dr Jeffrey Kitingan

Akar umbi Star Liawan teguh bersama Presiden Dr Jeffrey Kitingan

by borneo-editor
October 19, 2025
0

KENINGAU: Parti Solidariti Tanah Airku (STARSabah) Bahagian N.41 Liawan kini bergerak lebih bertenaga dan bersatu padu untuk meneruskan kemenangan di...

PPIB UMS lancar Inovasi Modul 5M bahasa etnik

PPIB UMS lancar Inovasi Modul 5M bahasa etnik

by borneo-editor
October 10, 2025
0

TELIPOK: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melancarkan Inovasi Modul 5M Bahasa Etnik untuk memperluas penggunaan bahasa ibunda dalam kalangan generasi masyarakat...

Dr Jeffrey hulur sumbangan mangsa banjir Penampang

Dr Jeffrey hulur sumbangan mangsa banjir Penampang

by borneo-editor
September 27, 2025
0

PENAMPANG: Sebagai tanda keprihatinan terhadap mangsa banjir di kawasan Penampang, Timbalan Ketua Menteri I Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey G....

Star Sabah perkukuh persiapan hadapi PRN, tuntutan hak Sabah jadi keutamaan

Star Sabah perkukuh persiapan hadapi PRN, tuntutan hak Sabah jadi keutamaan

by borneo-editor
September 27, 2025
0

KOTA KINABALU: 26 Sept – Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Sabah menyeru semua bahagian serta para penyokong parti untuk memperkemas...

‘Manifesto Labuan’ garis lima teras tuntut hak sosiobudaya

‘Manifesto Labuan’ garis lima teras tuntut hak sosiobudaya

by borneo-editor
August 30, 2025
0

LABUAN: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Labuan perlu menjadikan lima isu sosiobudaya sebagai teras utama dalam ‘Manifesto Labuan’ bagi...

Load More
Next Post
PPIB UMS laksana Program Pemantapan Prestasi Homestay Sabah

PPIB UMS laksana Program Pemantapan Prestasi Homestay Sabah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.