Monday, March 23, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Sambut seruan PM dengan Simposium Jubli Perak Bahasa Kadazandusun

by borneo-editor
January 6, 2024
in Malay
0
Sambut seruan PM dengan Simposium Jubli Perak Bahasa Kadazandusun

Dr Henry (ketiga dari kanan), Dekan PPIB Prof Madya Dr Lai Yew Meng (tengah berbaju Melayu) bersama staf dan sebahagian pelajar bahasa Kadazandusun PPIB UMS.

264
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

KOTA KINABALU: Bahasa Kadazandusun yang telah melewati 25 tahun  perlu menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencapai kecemerlangan pendidikan berpaksikan jiwa tempatan.

“Penggerak bahasa Kadazandusun di Malaysia boleh menyahut seruan itu dengan mengadakan Simposium Jubli Perak Bahasa Kadazandusun yang kelak menghasilkan resolusi untuk dilaksanakan Kerajaan Perpaduan,” kata Dr Henry Bating, Pensyarah Kanan dan Pengerusi Bahasa Kadazandusun Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Dr Henry menegaskan, bahasa Kadazandusun dapat dipacu ke tahap kecemerlangan dengan memperluaskan pengajaran bahasa etnik Sabah itu ke pelbagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan sekolah-sekolah di Malaysia, umpamanya ke Wilayah Persekutuan Labuan dan bahagian utara Sarawak.

Jelasnya, dua tahap kecemerlangan itu merupakan tambahan kepada langkah permulaan pengajaran bahasa Kadazandusun di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) seperti yang disuarakan Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Raisin Saidin.

“Pengajaran bahasa Kadazandusun berpaksikan jiwa kearifan etnik dapat diperluas dengan menentukan kesesuaian kandungan karya sastera sebagai bahan pembelajaran dan seterusnya memulakan kurikulum Komponen Sastera (Komsas) bahasa Kadazandusun di sekolah peringkat menengah atas dan IPT,” katanya.

Ketika merasmikan Wacana Strategi Kementerian Pendidikan Tinggi di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur kelmarin, Anwar meminta IPT di negara ini agar mengelak orientasi pengajian tanpa kecemerlangan dan jiwa.

Menurut Dr Henry, bahasa Kadazandusun tidak menghadapi masalah untuk memperluaskan pengajaran sastera kerana tradisi dan produktiviti masyarakat itu memiliki khazanah kesusasteraan yang mencukupi.

“Malahan UMS sendiri telah menghasilkan kajian yang menunjukkan Sastera Kadazandusun berupaya mendukung pelaksanaan subjek Komsas bahasa Kadazandusun,” katanya.

Dr Henry yakin, penganjuran Simposium Jubli Perak Bahasa Kadazandusun dapat dikendalikan dengan baik berdasarkan kapasiti, tenaga dan kepakaran yang dimiliki penggerak bahasa itu di negara ini.

Katanya, di UMS sendiri terdapat entiti Kursi Kadazan Dusun, Institut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIS) dan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) yang dapat menyumbang tenaga dan kepakaran.

Kapasiti di UMS, ujarnya dapat melengkapi kapasiti Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Institut Pendidikan Guru (IPG) Kent, IPG Keningau dan badan-badan bukan kerajaan seperti KDCA dan KLF.

Kali terakhir Simposium Bahasa Kadazandusun diadakan pada tahun 2008 sempena 10 tahun pengajaran bahasa itu di sekolah-sekolah bermula 1997.

Nota: Dr Henry Bating merupakan ahli akademik dan pengamal media massa yang melengkapkan kajian kesarjanaan Pendidikan Bahasa dan Sastera Kadazandusun di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Master dan Ph.D.

borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Dr. Jeffrey hadir Rumah Terbuka Raya CM di Tuaran

Dr. Jeffrey hadir Rumah Terbuka Raya CM di Tuaran

by borneo-editor
March 23, 2026
0

Drama Pelajar UNITAR Alam Mesra Curi Tumpuan Audiens

Drama Pelajar UNITAR Alam Mesra Curi Tumpuan Audiens

by borneo-editor
March 18, 2026
0

KOTA KINABALU, 17 Mac 2026 — Pelajar Ijazah Sarjana Muda Major Pendidikan Bahasa Melayu di UNITAR International Campus Wilayah Kota...

Pemimpin Sabah desak pelaksanaan segera Perintah 40% Mahkamah

Pemimpin Sabah desak pelaksanaan segera Perintah 40% Mahkamah

by borneo-editor
March 17, 2026
0

KOTA KINABALU, 17 Mac — Tekanan terhadap pelaksanaan hak 40 peratus Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) semakin memuncak...

Kuota 35% Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak Jamin Hak Borneo Terpelihara – Jeffrey

Kuota 35% Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak Jamin Hak Borneo Terpelihara – Jeffrey

by borneo-editor
March 15, 2026
0

Oleh Mark Ronnald MalajimTAMBUNAN: Perjuangan menuntut 35 peratus kuota kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia...

PPIB UMS hulur sumbangan Ramadan kepada anak yatim dan asnaf di Ranau

PPIB UMS hulur sumbangan Ramadan kepada anak yatim dan asnaf di Ranau

by borneo-editor
March 10, 2026
0

KOTA KINABALU: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi Program...

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 14, 2026
0

Siri 3/10 Oleh Dr. Henry BatingORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan instrumen perundangan penting yang menginstitusikan kedudukan adat dalam sistem undang-undang...

Load More
Next Post
TYT rasmi Hari Sabah: Dr Jeffrey

TYT rasmi Hari Sabah: Dr Jeffrey

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.