Monday, March 23, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

PPIB UMS bangun Modul Pendidikan Literasi UNDI18

by borneo-editor
September 25, 2023
in Malay
0
PPIB UMS bangun Modul Pendidikan Literasi UNDI18

Dr. Lai bersama sebahagian golongan sasar UNDI18

142
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

KOTA KINABALU: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) membangun Modul Pendidikan Literasi dan Kewarganegaraan Demokratik Belia (UNDI18) untuk memperkembang potensi belia sebagai pengundi matang lagi berpengetahuan sejajar aspirasi ‘Malaysia Madani’.

Dekan PPIB Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof. Madya Dr. Lai Yew Meng berkata modul yang dijadual siap Disember itu merangkumi sesi penerapan bersiri pengetahuan demokrasi, pemahaman perlembagaan, latihan dan penilaian.

“Peningkatan kesedaran politik golongan sasar belia diukur berdasarkan aspek pengetahuan, sikap, kemahiran dan aspirasi (KASA),” katanya yang juga ketua projek tersebut.

Menurut Dr Lai, modul itu nanti dapat digunakan ke atas pelbagai kumpulan sasar UNDI18 untuk menilai kemenjadian ‘warga demokratik’ menggunakan kuasa undi menentukan masa hadapan politik negara ini.

Projek itu melibatkan sembilan ahli akademik yang terdiri daripada Prof. Madya Dr. Anantha Raman Govindasamy, PM Dr Mohd Azri Ibrahim, Dr. Kavitha Ganesan, Dr. Budi Anto Mohd Tamring, Dr. Shaffarullah Abdul Rahman, Dr. Mohd Hatib Ismail, Dr. Amy Azuan Abdullah dan Mohammad Aqmal Hafidz Musa.

Dr. Lai berharap modul itu akan dapat meningkatkan tahap kesedaran dan literasi politik kalangan belia di Sabah sebagai salah satu hasil penerapan falsafah bernegara Malaysia.

Sementara itu Prof. Madya Dr Steward Giman anak Stephen dari sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta menyambut baik pembinaan modul itu demi mewujud golongan pemilih yang matang dan berpengetahuan khususnya dalam kalangan pelajar tahun akhir. – OLEH HENRY BATING

borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Dr. Jeffrey hadir Rumah Terbuka Raya CM di Tuaran

Dr. Jeffrey hadir Rumah Terbuka Raya CM di Tuaran

by borneo-editor
March 23, 2026
0

Drama Pelajar UNITAR Alam Mesra Curi Tumpuan Audiens

Drama Pelajar UNITAR Alam Mesra Curi Tumpuan Audiens

by borneo-editor
March 18, 2026
0

KOTA KINABALU, 17 Mac 2026 — Pelajar Ijazah Sarjana Muda Major Pendidikan Bahasa Melayu di UNITAR International Campus Wilayah Kota...

Pemimpin Sabah desak pelaksanaan segera Perintah 40% Mahkamah

Pemimpin Sabah desak pelaksanaan segera Perintah 40% Mahkamah

by borneo-editor
March 17, 2026
0

KOTA KINABALU, 17 Mac — Tekanan terhadap pelaksanaan hak 40 peratus Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) semakin memuncak...

Kuota 35% Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak Jamin Hak Borneo Terpelihara – Jeffrey

Kuota 35% Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak Jamin Hak Borneo Terpelihara – Jeffrey

by borneo-editor
March 15, 2026
0

Oleh Mark Ronnald MalajimTAMBUNAN: Perjuangan menuntut 35 peratus kuota kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia...

PPIB UMS hulur sumbangan Ramadan kepada anak yatim dan asnaf di Ranau

PPIB UMS hulur sumbangan Ramadan kepada anak yatim dan asnaf di Ranau

by borneo-editor
March 10, 2026
0

KOTA KINABALU: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi Program...

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 14, 2026
0

Siri 3/10 Oleh Dr. Henry BatingORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan instrumen perundangan penting yang menginstitusikan kedudukan adat dalam sistem undang-undang...

Load More
Next Post
PPIB UMS develops UNDI18 Literacy Education Module

PPIB UMS develops UNDI18 Literacy Education Module

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.