Monday, May 19, 2025
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Sarawak sudah warta kemerdekaan, Sabah harus menyusul

by borneo-editor
July 24, 2023
in Malay
0
Sarawak sudah warta kemerdekaan, Sabah harus menyusul

Dr Jeffrey bersama hadirin menandakan Hari Sarawak Ke-60.

106
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

PADAWAN (Kuching): Tuntutan rakyat telah mencetuskan pewartaan sambutan Kemerdekaan Sarawak bertarikh 22 Julai 1963 bermula 2016 dan usaha diteruskan untuk mewartakan Hari Kemerdekaan Sabah 31 Ogos 1963.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah yang juga Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan memberitahu, pihaknya akan terus mengadakan sambutan Hari Sabah setiap 31 Ogos sehingga tarikh itu diwartakan.

“Sabah ketinggalan Sarawak untuk mewartakan Hari Kemerdekaan, namun usaha terus dilakukan sehingga pewartaan 31 Ogos sebagai Hari Sabah disempurnakan seperti yang sudah dicapai Sarawak,” katanya.

Dr Jeffrey berkata demikian ketika berucap dalam Sambutan 722 Hari Kemerdekaan Sarawak Ke-60 di Dewan Simpok, Padawan kira-kira 45km dari Kuching.

Kira-kira seribu hadirin menyertai sambutan yang diisi perarakan pelbagai kontinjen badan sukarela, budaya dan kesenian Dayak di pemukiman terbesar etnik Bidayuh anjuran Sarawak Association for People Aspiration (SAPA).

Sambutan itu turut menerima sokongan dana dari Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin, Dr Jeffrey dan Presiden SAPA Dominique Ng.

Hadir sama mengiringi Dr Jeffrey ialah Pemangku Timbalan Presiden STAR Datuk Kapitan Stephen Teo, Setiausaha Agung Datuk Edward Linggu, Ahli Majlis Tertinggi Johari Pongod dan Ketua Bahagian STAR Kepayan Jafery Jomion.

Stephen, Linggu bersama kontinjen perarakan Sambutan 722 Hari Sarawak.

Menurut Dr Jeffrey, pada peringkat awal sukar sekali mendesak perisytiharan sambutan tarikh kemerdekaan Sarawak tapi kemudian pihak berkuasa menunjukkan kompromi apabila menerima tuntutan itu secara positif.

Dr Jeffrey mengimbas kesukaran pertemuan awal rakyat (yang diprakarsai STAR Sarawak) pada 2010 di mana penyertaan beliau bersama rombongan dari Sabah dihalang pihak berkuasa.

Malahan, katanya, apabila kemudian dibenarkan masuk Sarawak untuk menyertai perhimpunan itu, pelaksanaan perhimpunan mereka dikawal ketat pihak berkuasa.

Tapi kemudian, jelasnya, apabila kerajaan Sarawak menerima tuntutan itu, maka perhimpunan dan perarakan rakyat yang mereka adakan di Padang Merdeka tidak lagi dihalang pihak berkuasa, sebaliknya diberi kawalan keselamatan.

Dalam ucapannya, Dominique memaklumkan sambutan Sarawak 722 diadakan setiap tahun di pelbagai tempat sebagai kesinambungan dari gerakan awal memberi ruang masyarakat setempat mengikuti sambutan itu.

Dominique yang juga mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan, Sarawak menegaskan, meskipun Sarawak telah mengisytiharkan sambutan rasmi tarikh kemerdekaan, namun masih banyak isu yang belum tuntas.

Antaranya, kata Dominique, status Sarawak dan Sabah sebagai ‘negara’ dalam Konfederasi Malaysia belum direalisasikan dan masih kekal berstatus ‘negeri’ dalam Persekutuan Malaysia.

Dominique menambah, status negara bagi Sarawak dan Sabah dapat meningkatkan sistem pemerintahan Konfederasi Malaysia dengan menaik taraf semua bahagian di Sarawak dan semua bekas residensi di Sabah sebagai negeri.

Dalam mesej Hari Sabah 31 Ogos 2021, Dr Jeffrey menyatakan Kemerdekaan Sabah telah dicapai menerusi resolusi Majlis Perundangan Borneo Utara 8 Ogos 1963.

Menurut Dr Jeffrey, resolusi itu mengisytiharkan Kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 1963 tanpa mengira pembentukan Malaysia akan menjadi kenyataan atau tidak pada hari tersebut.

Katanya lagi, pada 31 Ogos 1963, gabenor terakhir North Borneo (Sabah) Sir William Goode sebelum bertolak dari Jesselton Court untuk mengakhiri tugas berkata, “hari ini adalah hari bersejarah bagi Sabah yang menandakan berakhirnya penjajahan dan bermulanya Sabah merdeka dan memerintah sendiri.”

Selanjutnya Dr Jeffrey menegaskan, tarikh 31 Ogos 1963 merupakan hari kemerdekaan Sabah yang harus dihormati setiap tahun, disambut sebagai Hari Sabah yang harus diwartakan sebagai cuti umum seperti mana juga Sarawak yang telah mewartakan 22 Julai sebagai Hari Sarawak.

Menjawab argumen segelintir pihak, Dr Jeffrey menyatakan bukan semua negara mencapai kemerdekaan melalui Akta Kemederkaan termasuk Amerika yang telah mencapai kemerdekaan melalui ‘Unilateral Declaration’.

‘Unilateral Declaration’ merupakan perisytiharan yang dilakukan tanpa melibatkan perjanjian dengan pihak lain.

Dr Jeffrey yakin, pewartaan Hari Sabah 31 Ogos dapat memperbetulkan serta melengkapkan kekeliruan fakta yang berlaku di antara 9 Julai 1963 (ketika MA63 ditandatangani) dan 16 Sept 1963 (ketika pembentukan Malaysia diproklamasikan).

Lebih penting, kata Dr Jeffrey ialah pengiktirafan kemerdekaan Sabah akan dapat membina Malaysia yang lebih kuat, makmur dan berjaya di samping dapat mematikan tuntutan Filipina terhadap Sabah selama-lamanya.

Dr Jeffrey beserta isteri bersama sekumpulan pahlawan Dayak.
borneo-editor

borneo-editor

Next Post
UMS utamakan darjah kegembiraan untuk keberkesanan perkhidmatan

UMS utamakan darjah kegembiraan untuk keberkesanan perkhidmatan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  2. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  3. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.