Sunday, April 5, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Bersatu Labuan minta Anifah tubuh jawatankuasa khas bumiputera bukan Islam PL

by borneo-editor
July 13, 2023
in Malay
0
Bersatu Labuan minta Anifah tubuh jawatankuasa khas bumiputera bukan Islam PL

Walther (kiri) ketika mengiringi Suhaili ke pusat penamaan calon.

107
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

LABUAN: Pengerusi Perbadanan Labuan (PL) Tan Sri Anifah Aman boleh mengambil inisiatif menubuhkan jawatankuasa khas untuk meredakan polemik bumiputera bukan Islam tidak diwakili dalam Majlis Penasihat PL.

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Labuan Walther Philip Michael Pangang berkata melalui jawatankuasa itu, Anifah boleh mengadakan pertemuan khas dengan golongan berkenaan setiap menjelang Mesyuarat Majlis PL.

“Anifah harus memberi kepedulian kepada golongan tidak diwakili dalam Majlis PL meskipun Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Labuan Dato’ Dr Suhaili Abdul Rahman selaku wakil rakyat pembangkang memiliki jalinan khusus dengan semua golongan masyarakat di Labuan,” katanya.

Walther menegaskan pertemuan berkala dapat mempastikan suara golongan yang tidak diwakili dalam Majlis PL dapat diambil kira dalam mesyuarat pengambilan keputusan bagi pembangunan Labuan.

Menurut Walther, perhatian wajar Anifah penting bagi mempastikan tiada golongan masyarakat di Labuan tertinggal memperoleh kemudahan kerajaan yang merangkumi peluang perniagaan, kesaksamaan politik dan kemakmuran hidup.

Walther yang merupakan pemimpin Kadazan Dusun Murut (KDM) dalam PN Labuan menyebutkan, Anifah boleh menentukan perwakilan golongan itu dari pelbagai entiti untuk duduk dalam jawatankuasa khas yang dicadangkan.

Antara entiti itu katanya, ialah Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA), Dewan Perniagaan dan Industri Kadazandusun (KCCI) dan parti-parti politik dalam Kerajaan Perpaduan di Labuan

Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, Walther merupakan penyokong pencalonan Suhaili sebagai calon PN yang memenangi majoriti sokongan pengundi Labuan.

borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Presiden, Setiausaha Agung STAR hadir Jamuan Harijadi TYT Ke-75

Presiden, Setiausaha Agung STAR hadir Jamuan Harijadi TYT Ke-75

by borneo-editor
March 30, 2026
0

KOTA KINABALU, 30 Mac – Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan dan Datin...

Dr. Jeffrey hadir Rumah Terbuka Raya CM di Tuaran

Dr. Jeffrey hadir Rumah Terbuka Raya CM di Tuaran

by borneo-editor
March 23, 2026
0

Drama Pelajar UNITAR Alam Mesra Curi Tumpuan Audiens

Drama Pelajar UNITAR Alam Mesra Curi Tumpuan Audiens

by borneo-editor
March 18, 2026
0

KOTA KINABALU, 17 Mac 2026 — Pelajar Ijazah Sarjana Muda Major Pendidikan Bahasa Melayu di UNITAR International Campus Wilayah Kota...

Pemimpin Sabah desak pelaksanaan segera Perintah 40% Mahkamah

Pemimpin Sabah desak pelaksanaan segera Perintah 40% Mahkamah

by borneo-editor
March 17, 2026
0

KOTA KINABALU, 17 Mac — Tekanan terhadap pelaksanaan hak 40 peratus Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) semakin memuncak...

Kuota 35% Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak Jamin Hak Borneo Terpelihara – Jeffrey

Kuota 35% Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak Jamin Hak Borneo Terpelihara – Jeffrey

by borneo-editor
March 15, 2026
0

Oleh Mark Ronnald MalajimTAMBUNAN: Perjuangan menuntut 35 peratus kuota kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia...

PPIB UMS hulur sumbangan Ramadan kepada anak yatim dan asnaf di Ranau

PPIB UMS hulur sumbangan Ramadan kepada anak yatim dan asnaf di Ranau

by borneo-editor
March 10, 2026
0

KOTA KINABALU: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi Program...

Load More
Next Post
Labuan terima peruntukan projek jalan kampung, rumah KKDW

Labuan terima peruntukan projek jalan kampung, rumah KKDW

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.