Thursday, February 26, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

STAR sokong penuh ambil alih kuasa kawal selia bekalan elektrik Sabah

by borneo-editor
June 15, 2023
in Malay
0
STAR sokong penuh ambil alih kuasa kawal selia bekalan elektrik Sabah
34
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanahairku (STAR) Sabah menyokong penuh pengambilan alih sepenuhnya Kerajaan Negeri Sabah ke atas kawal selia bekalan elektrik di negeri ini.

Setiausaha Agung II parti itu, Rizal Johari berkata Sabah sudah terlalu lama terseksa dan kita mengharapkan langkah tersebut dapat mengakhiri masalah bekalan elektrik yang kerap berlaku.

“Baru-baru ini merupakan antara jangkamasa yang paling teruk kita alami apabila beekalan elektrik terputus di merata tempat di negeri ini. Namun, keadaan ini bukanlah sesuatu yang asing bagi kita hingga ramai di kalangan penduduk sudah lumrah dengan masalah kekerapan terputus bekalan ini.

“Kita sedia maklum bekalan elektrik diperlukan untuk memacu pembangunan. Dan untuk membangunkan negeri ini, kita perlu menarik ramai pelabur ke Sabah. Untuk ini, kita perlu memberi jaminan kepada mereka bahawa sumber bekalan elektrik kita stabil dan murah agar mereka mempunyai keyakinan untuk menjalankan perniagaan di Sabah.

“Sabah dikatakan negeri termiskin di Malaysia. Dan lapan daripada daerah termiskin di negara ini terdapat di negeri kita. Jika kita tidak mengubah situasi berkenaan dengan bekalan elektrik di negeri kita, sudah pasti kita tidak akan dapat mengubah ekonomi kita ke arah yang lebih maju untuk menjadi sebuah negeri yang kaya raya,” katanya dalam suatu kenyataan.

Dua hari lepas, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah, secara dasarnya, memberi lampu hijau kepada Sabah untuk mengambil alih kawal selia bekalan elektriknya pada Jan 1, 2024.

Menurut Hajiji, selaras penyerahan kuasa mengawal selia tersebut, kerajaan persekutuan diminta meneruskan proses untuk memastikan segala projek yang telah dirancang di bawah Rancagan Pembangunan Bekalan Sabah dapat disiapkan tepat pada masanya.

Katanya, ini termasuk langkah-langkah pantas untuk meningkatkan bekalan elektrik di Pantai Timur yang akan memberikan sekurang-kurangnya 30 peratus ‘reserve margin’ menjelang September tahun ini.

Beliau turut dipetik sebagai berkata bahawa ini akan membantu menyelesaikan dengan segera masalah kekurangan bekalan di Sabah, sekaligus membuktikan komitmen kerajaan negeri dan persekutuan untuk menyelesaikan isu ini secara komprehensif dan berkesan.

Sehubungan itu, Rizal berkata walaupun masalah elektrik di Sabah diwarisi dari zaman dahulu lagi, kerajaan GRS yang dipimpin oleh Hajiji akan terus mengambil tindakan yang separtutnya untuk mengatasinya.

“Kerajaan ini bertindak kerana tahu enjin pembangunan memerlukan elektrik. Pada masa yang sama, ia juga tahu bahawa ia perlu memiliki kuasa untuk mengawal kerana kita adalah arkitek yang menentukan masa depan kita sendiri,” kata Rizal yang juga merupakan Setiausaha Sulit kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

Rizal yakin dengan usaha ini, halatuju Sabah Maju Jaya akan mampu membawa perubahan yang ketara di dalam kehidupan penduduk, termasuk mereka yang tinggal di pedalaman.

Adalah difahamkan, satu sesi taklimat kepada para Ahli Parlimen Sabah mengenai status terkini penyerahan kuasa pembekalan Sabah Electricity Sdn Bhd kepada kerajaan negeri akan diadakan 15 Jun.

“Saya amat berharap kita akan dapat mendengar berita baik selepas sesi ini,” katanya.

borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 14, 2026
0

Siri 3/10 Oleh Dr. Henry BatingORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan instrumen perundangan penting yang menginstitusikan kedudukan adat dalam sistem undang-undang...

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 6, 2026
0

Siri 2/10 Oleh Dr. Henry Bating ORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan hasil evolusi panjang hubungan di antara adat tempatan dan...

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

KENINGAU: Simposium Pertama Saintifik Pergigian Peringkat Negeri 2026 (SOHSS) bakal menghimpunkan warga profesional pergigian Sabah dalam satu platform ilmiah berfokus...

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

Siri 1/10Oleh Dr. Henry Bating UNDANG-undang adat merujuk kepada norma, nilai dan peraturan tidak bertulis yang berkembang secara turun-temurun dalam...

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

by borneo-editor
January 13, 2026
0

Oleh Mark Ronnald MalajimTambunan, 13 Januari 2026 – YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Ahli Parlimen P.180 Keningau...

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

by borneo-editor
January 1, 2026
0

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan terus mempertingkatkan kemudahan dan prasarana di Pantai Kemudi Ilmu sebagai sebahagian daripada usaha...

Load More
Next Post
‘Peduli Rakyat’ bukan program bermusim, kata Mohd Rafi

'Peduli Rakyat' bukan program bermusim, kata Mohd Rafi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.