Friday, February 27, 2026
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Pengorbanan tentera ANZAC beri kemakmuran rakyat Sabah: Dr Jeffrey

by borneo-editor
April 24, 2023
in Malay
0
Pengorbanan tentera ANZAC beri kemakmuran rakyat Sabah: Dr Jeffrey

Dr Jeffrey menerima tabik hormat dari pasukan tentera. - Focus Right

26
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

KOTA KINABALU: Pengorbanan Kor Tentera British, Australia dan New Zealand (ANZAC) yang disokong penduduk mempertahankan Sabah (North Borneo) semasa Perang Dunia II telah membawa implikasi pembangunan dan kemakmuran rakyat hari ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan ketika mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata Kerajaan Sabah memperingati Hari ANZAC untuk menghargai pengorbanan pejuang perang.

“Kita juga memperingati Hari ANZAC untuk memperingatkan generasi baru tentang betapa pentingnya pengorbanan menyelamatkan negeri,” katanya.

Dr Jeffrey menambah, pahlawan perang telah memberi contoh bagaimana menyelamat negara dari sebarang ancaman dan seterusnya membangun negara dengan memperkukuh perpaduan dan politik sebuah kerajaan.

Dr Jeffrey berkata demikian dalam Upacara Peringatan Hari ANZAC bertemakan ‘Lest We Forget’ di Tugu Peringatan Perang Borneo Utara, Jalan Tugu di sini pada Isnin yang dihadiri wakil-wakil dari New Zealand, Australia dan pasukan beruniform.

Dr Jeffrey menegaskan, rakyat negeri ini menikmati kehidupan yang ada sekarang setelah diselamatkan pasukan tentera yang telah terkorban dalam usaha mempertahankan Sabah (North Borneo).

Tugu Peringatan Perang Borneo Utara yang ada sekarang telah dibina 8 Mei 1923 di Bond Street Jesselton (Jalan Gaya Kota Kinabalu) dan dirasmikan Pengerusi Syarikat Berpiagam Borneo Utara Sir Neil Malcolm.

Dr Jeffrey menemui veteran perang.

Tugu dibina untuk memperingati tentera British korban Perang Dunia I seperti M.T. Buckley, A. Craigh, H.W. Chalmers, F.H. Davies, S.J. Gooding, H.S.H.H Dewan, A.M. Kennedy, L.A. Prior, B.D.R. Sherbrooke, E.N. Savage, R.R.M. Tabutea, N. Thomson dan H.M. Wooley.

Pada awalnya tugu itu hanya dibina untuk memperingati tentera British yang terkorban ketika Perang Dunia I namun ditambah dengan peringatan tentera ANZAC yang telah berkhidmat dan terkorban dalam Perang Dunia II.

Turut diperingati ialah orang awam Sabah yang telah dengan penuh semangat beraksi secara luar biasa dalam melakukan pelbagai tindakan menakjubkan membantu perjuangan ANZAC.

Hari ANZAC di Sabah memperingatkan masyarakat tentang kisah ganas dan penyembelihan lebih 2400 tentera British dan Australia di kem Tawanan Perang Jepun Sandakan 1942.

Mengikut catatan, sepanjang Julai 1942 hingga Disember 1944, tawanan dipukul, didera, kekurangan makanan dan tidak mendapat bekalan perubatan. Manakala Januari – Ogos 1945, semua tawanan perang dipaksa berarak dari Sandakan ke Ranau.

Dalam tiga perarakan maut dari Kem Perang Jepun yang sering digambarkan sebagai kekejaman perang terburuk Australia, hanya enam orang kekal hidup. – FOCUS RIGHT

Dr Jeffrey beramah mesra dengan keluarga pejuang perang.
borneo-editor

borneo-editor

Related Posts

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

Skop dan Struktur Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 14, 2026
0

Siri 3/10 Oleh Dr. Henry BatingORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan instrumen perundangan penting yang menginstitusikan kedudukan adat dalam sistem undang-undang...

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

Evolusi Ordinan Anak Negeri Sabah

by borneo-editor
February 6, 2026
0

Siri 2/10 Oleh Dr. Henry Bating ORDINAN Anak Negeri Sabah merupakan hasil evolusi panjang hubungan di antara adat tempatan dan...

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

Simposium Saintifik Kesihatan Mulut Himpun Profesional Pergigian Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

KENINGAU: Simposium Pertama Saintifik Pergigian Peringkat Negeri 2026 (SOHSS) bakal menghimpunkan warga profesional pergigian Sabah dalam satu platform ilmiah berfokus...

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

Pengenalan Undang-Undang Adat di Sabah

by borneo-editor
February 2, 2026
0

Siri 1/10Oleh Dr. Henry Bating UNDANG-undang adat merujuk kepada norma, nilai dan peraturan tidak bertulis yang berkembang secara turun-temurun dalam...

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

Dr Jeffrey tinjau potensi pelancongan baharu di Tambunan

by borneo-editor
January 13, 2026
0

Oleh Mark Ronnald MalajimTambunan, 13 Januari 2026 – YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Ahli Parlimen P.180 Keningau...

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

Pantai Kemudi Ilmu UMS ditransformasi, dukung pencapaian antarabangsa

by borneo-editor
January 1, 2026
0

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan terus mempertingkatkan kemudahan dan prasarana di Pantai Kemudi Ilmu sebagai sebahagian daripada usaha...

Load More
Next Post
High time to establish Borneon Civil Aviation Authority: Dr. Jeffrey

High time to establish Borneon Civil Aviation Authority: Dr. Jeffrey

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Peter on Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS
  2. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  3. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.