Saturday, May 17, 2025
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Padang ragut Tambunan 23 ribu ekar ditanam kelapa komersil: Dr Jeffrey

by borneo-editor
April 20, 2023
in Malay
0
Padang ragut Tambunan 23 ribu ekar ditanam kelapa komersil: Dr Jeffrey

Dr Jeffrey merasmikan Kaamatan Mukim Toboh. - Focus Right

92
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

TAMBUNAN: Padang ragut terbiar melibatkan keluasan kira-kira 22-23 ribu ekar di beberapa kampung di sini akan diusahakan penanaman kelapa komersil di bawah usahasama koperasi setempat dan badan pelaburan antarabangsa.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan berkata usahasama yang memberi manfaat langsung kepada penduduk itu akan dikendalikan Koperasi Pembangunan Ekonomi Rakyat Tambunan (KoperTambunan) dan Malaysian Kuwait Investment Corporation (MKIC).

“KoperTambunan akan mewakili semua padang ragut ketika menandatangani perjanjian usahasama dengan MKIC,” katanya.

Dr Jeffrey yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan berkata demikian ketika merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Mukim Toboh di sini kelmarin.

Sementara itu, Dr Jeffrey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan memaklumkan daerah itu bakal memiliki pusat pengumpulan hasil pertanian KPD di Solibog untuk mengatasi masalah penduduk menjual hasil usaha tani.

Menurut Dr Jeffrey, pusat pengumpulan itu dijangka dilaksanakan sepenuhnya tahun ini.

“Jadi hasil pertanian penduduk boleh dihantar terus ke pusat pengumpulan itu untuk dibeli secara tunai oleh KPD,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pegawai Daerah Tambunan Sobitun Makajil.

Dalam meningkatkan penghasilan padi, Dr Jeffrey mengumumkan bahawa kerajaan telah meluluskan peruntukan untuk menaik taraf sistem pengairan di sini bagi menyelesaikan masalah saliran air ke sawah.

Berkaitan pembangunan, Dr Jeffrey memaklumkan sebanyak RM968 ribu telah dibelanjakan sepanjang 2022 untuk melaksanakan pelbagai kemudahan penduduk di Mukim Toboh. – Focus Right

borneo-editor

borneo-editor

Next Post
Kaamatan 5-hari di ‘Tamuan Aki Tingadon’ lestari budaya, rangsang usaha niaga

Kaamatan 5-hari di ‘Tamuan Aki Tingadon’ lestari budaya, rangsang usaha niaga

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  2. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  3. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.