Sunday, May 18, 2025
  • Login
No Result
View All Result
Borneo Line News
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
No Result
View All Result
Borneo Line News
No Result
View All Result
Home Malay

Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS

by borneo-editor
March 22, 2023
in Malay
1
Kerajaan Sabah sambut baik pengajian diploma, ijazah adat UMS

Dr Jeffrey melewati bulatan pasir SAAN

1.6k
VIEWS
Share on WhatsappShare on Telegram

TUARAN: Kerajaan Negeri Sabah amat mengalu-alukan langkah memperkenalkan bidang pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Adat Budaya di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan berkata langkah itu adalah selari dengan kurikulum dan persijilan yang dilaksanakan Sekolah Adat Anak Negeri (SAAN) Sabah.

“SAAN dapat berperanan sebagai laluan bagi kemasukan program diploma dan ijazah di universiti,” katanya.

Dr Jeffrey yang juga Timbalan Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) berkata demikian ketika melancarkan Karnival Adat Budaya Borneo Pertama dan Perasmian SAAN Suang Mongkobung di sini pada Ahad.

Gerbang SAAN Suang Mongkobung, Tuaran

Dr Jeffrey menegaskan, bagi pihak kerajaan, kita amat menyokong usaha murni meningkatkan pengetahuan adat sesuai dengan dasar kerajaan yang mahu melihat pengekalan dan pengembangan identiti semua etnik.

Katanya, kerjasama SAAN yang dikendalikan Persatuan Pengamal Adat Sabah (Sunduan Nabalu) dengan Borneo Institute for Indigenous Studies (BorIIS) UMS bakal membuka penawaran program adat budaya di universiti.

“Usaha sama di antara dua pihak amat baik dan perlu dimaterai segera demi kebaikan orang asal,” katanya menambah, usaha itu juga dapat membuka medium pembelajaran serta pendidikan adat yang lebih sistematik kepada generasi muda.

Dalam konteks antarabangsa, katanya, orang asal mendapat perlindungan melalui deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang turut ditandatangani Malaysia.

Dr Jeffrey bersama penggerak SAAN

Karnival berkonsep Jamboree Adat yang diadakan itu menjadi venue pertemuan pelbagai etnik dari seluruh Sabah untuk mengetengahkan pengamalan kepelbagaian budaya demi kesinambungan adat.

Turut hadir Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEANS) Dr. Benedict Topin, Ketua Penyelidik BorIIS UMS Prof. Dr. Rosazman Hussin, Timbalan Pengarah BorIIS Dr Jeannet Stephen, Pengerusi Lembaga Penasihat Sunduan Nabalu Datuk Kalakau Untol, Presiden Sunduan Nabalu Shalmon Sanangan.

Presiden Pertubuhan Majlis Bobolian Sabah Datuk Steven Beliku, Bapak Benediktus dari Kabupaten Bengkayang, Kalimantan Barat, Indonesia, Presiden Persatuan Rumpun Etnik Sabah (Pandaras) Jenuin Bungkak, Presiden Kebajikan Pedalaman Bersatu (Pedabro) Asman Rafie dan pengerusi penganjur Harry Dalampir.

Dr Jeffrey menanam pokok depan SAAN Suang Mongkobung

“Sekolah Adat Anak Negeri diiktiraf Unesco,” kata Dr Jeannet; “Sekolah Adat Anak Negeri selari dengan Perlembangaan Malaysia,” kata Dr. Rosazman dan “Sekolah Adat Anak Negeri melengkapi satu petikan bible,” kata Topin.

Terdapat 19 kearifan etnik ditawarkan SAAN yang merangkumi undang-undang adat Anak Negeri, pertahanan diri cara adat, undang-undang tanah adat, ritual bobolian, pekerjaan orang asal, perubatan tradisional, susur galur keturunan leluhur, misteri kehidupan orang asal, mistik, populasi geografi orang asal.

Bahasa ibunda, muzik tradisional, pakaian, tarian, sejarah orang asal, makanan dan minuman orang asal, informasi komunikasi dan teknologi orang asal, rangkaian orang asal sedunia, sistem pentadbiran dan pengurusan organisasi serta bidang kuasa peradatan orang asal.

Antara SAAN yang menyertai karnival itu ialah Suang Mongkobung, Tuaran; Kelanyaan, Tenom; Long Pasia, Sipitang; Ulu Tuaran, Telipok; Ulu Kirokot, Tambunan; Marutai, Tawau; Batu Punggul, Pensiangan; Ulu Keramuak, Tongod dan Lumawang, Tuaran.

Dr Jeannet dan Prof Dr Rosazman (kanan) menanam pokok bagi pihak BorIIS UMS.
Kearifan membuat rambat (jala).
Kearifan seni muzik tradisi.
Kearifan membuat rantai hiasan etnik.
borneo-editor

borneo-editor

Next Post
Labuan lahir 24 jurulatih, wasit juri pesilat Pesaka kebangsaan

Labuan lahir 24 jurulatih, wasit juri pesilat Pesaka kebangsaan

Comments 1

  1. Nani@Maznah Binti Pirin says:
    2 years ago

    Tahniah.
    Kerana memberi kesinabungan Adat dan budaya tidak hilang ditelan zaman.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

  1. Joanna kitingan on Au moboros sandad kobungou kointutunan tinaru, ka di Dr. Jeffrey
  2. borneo-editor on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  3. Daniel on Remaja dari Sook meninggal terkena renjatan elektrik dekat bandar Labuan
  4. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran
  5. Julita madaun on PKOMS, tujuh NGO capai 61 pain darah tabung Hospital Tuaran

Archives

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • October 2024
  • August 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023

Categories

  • English
  • KadazanDusun
  • Malay
  • Uncategorized

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • English
  • KadazanDusun
  • Malay

© 2023 Borneo Line News - managed by East Micro Solution.